Lelaki Maut Dihempap Jengkaut
ALOR SETAR, 7 Jun (Bernama) — Seorang lelaki maut selepas dihempap jengkaut yang dikendalikannya ketika melakukan kerja membuat jalan di lereng bukit di Bedong, dekat Sungai Petani hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada 4.10 petang.
“Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, mangsa yang berusia 39 tahun meninggal dunia di lokasi itu akibat kecederaan parah selepas dihempap jengkaut berkenaan yang terbalik ketika dikendalikan mangsa.
BACA: Mayat Wanita Ditemui Dalam Perut Ular Sawa Sepanjang 5 Meter
“Anggota bomba menggunakan peralatan khas dan dibantu jengkaut lain untuk mengeluarkan mangsa. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Azlan Abdul Aziz bersama sembilan anggota itu tamat sepenuhnya pada 6 petang.
Sumber: BERNAMA