Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Penyasaran Subsidi Diesel
Sumber: BERNAMA

Kerajaan Laksanakan Penyasaran Subsidi Diesel Di Semenanjung Malaysia Bermula 10 Jun 2024

Hannah

Kerajaan Laksanakan Penyasaran Subsidi Diesel Di Semenanjung Malaysia Bermula 10 Jun 2024

Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, mengumumkan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang melibatkan penetapan harga runcit diesel mengikut harga pasaran, yang dilaksanakan serentak dengan bantuan bersasar untuk sektor logistik serta pengagihan bantuan tunai BUDI MADANI bermula Isnin, 10 Jun 2024.

Kerajaan telah menetapkan harga runcit bahan api diesel pada RM3.35 seliter bermula pada jam 00:00 (12:00 tengah malam) pada Isnin, 10 Jun 2024 di stesen-stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia.

Harga runcit bahan api diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada RM2.15 seliter.

Melalui pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, Kerajaan menetapkan harga diesel kepada sektor-sektor yang layak:

  1. Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 yang menggunakan kaedah fleet card bagi kenderaan logistic berkelayakan untuk membendung kesan terhadap harga barangan pengguna, ditetapkan pada harga RM2.15 seliter.

  2. Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 1.0 bagi kenderaan-kenderaan pengangkutan awam darat termasuk bas sekolah, bas ekspres, ambulans dan bomba kekal pada harga RM1.88 seliter.

  3. Diesel bersubsidi untuk nelayan kekal pada harga RM1.65 seliter.

Penyasaran subsidi juga diperkenalkan dalam bentuk bantuan tunai melalui inisiatif berikut:

  1. Bantuan tunai BUDI Individu sebanyak RM200 sebulan kepada warganegara Melaysia yang memiliki kenderaan diesel persendirian untuk menampung perbelanjaan bahan api diesel yang meningkat.

  2. Bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi sebanyak RM200 sebulan bagi petani kecil dan pekebun kecil komoditi untuk mengurangkan kesan kepada punca pendapatan mereka.

BACA: Permohonan BUDI MADANI Untuk Kenderaan Diesel Dibuka Esok

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah menjelaskan tujuan Kerajaan melaksanakan penyasaran ini adalah untuk membendung ketirisan diesel subsidi yang kian berleluasa dan menyebabkan kerugian berbilion ringgot kepada negara. Kerajaan berbelanja sebanyak RM14.3 bilion untuk subsidi diesel pada tahun 2023.

“Malaysia tidak mampu untuk terus kerugian berbilion ringgit akibat penyeludupan dan penyelewengan diesel yang berleluasa, sedangkan wang itu lebih baik dibelanjakan bagi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan membangunkan negara,” kata beliau.

“Kumpulan pertama yang meliputi lebih 30,000 penerima bakal memanfaat bantuan BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi sebanyak RM200 yang didepositkan ke dalam akaun bank mereka pada 10 Jun 2024.

“Individu layak yang belum memohon BUDI Individu atau BUDI Agri-Komoditi masih boleh menerima bantuan bagi bulan Jun 2024 sekiranya mereka membuat permohonan sebelum akhir Jun 2024,” tambah YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah.

Kerajaan menyarankan individu pemilik kenderaan diesel, petani kecil dan pekebun kecil komoditi yang layak untuk memohon BUDI MADANI di pautan https://budimadani.gov.my.

Pemilik kenderaan logistic yang layak juga boleh memohon untuk mendapatkan fleet acrd di bawah SKDS 2.0 di pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my.

BACA JUGA: Bantuan 200 Sebulan, Ketahui Cara Memohon Program BUDI MADANI

Sumber: Kementerian Kewangan