Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Seorang Individu Tanpa Identiti Rentung Dalam Kereta

Hannah
Individu rentung dalam kereta
Sumber: Sinar Harian

Seorang Individu Tanpa Identiti Rentung Dalam Kereta

Individu yang tidak dikenali ditemui rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di hadapan bangunan kosong berhampiran tanah perkuburan Cina di Bagan Serai pada Isnin.

Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 2.05 petang melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iswara.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, menyatakan bahawa apabila anggota tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati kenderaan tersebut telah terbakar sebanyak 50 peratus.

“Pemeriksaan kemudiannya mendapati terdapat seorang mangsa telah rentung di kerusi pemandu.

“Jantina mangsa tidak dapat dikenal pasti kerana keadaan yang telah terbakar,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Jelas beliau, mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi tamat pada jam 2.42 petang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff, memaklumkan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti mangsa.

BACA: Lelaki Ditemui Maut, Ditinggalkan Bogel Tepi Jalan

Sumber: Sinar Harian