Siakap Keli
indonesia pusingan ketiga
Gambar: Timnas Indonesia

Menang Lawan Filipina, Indonesia Mara Ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia

Menang Lawan Filipina, Indonesia Mara Ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia

Tahun ini merupakan tahun yang gemilang untuk bola sepak Indonesia apabila pasukan kebangsaan negara itu terus mencatatkan keputusan positif setakat ini.

Dengan keputusan menang ke atas Filipina sebentar tadi, Indonesia sudah pun mengesahkan tempat mereka di Piala Asia yang akan berlangsung di Arab Saudi nanti.

Bukan itu sahaja, peminat bola sepak dari negara seberang juga boleh tersenyum lebar kerana mereka kini juga berjaya mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia.

Indonesia cipta sensasi, layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia

Jika mengambil kira semangat rivalri dalam kalangan negara ASEAN, Indonesia boleh berbangga apabila melihat kesulitan yang dihadapi oleh negara-negara jirannya untuk mara lebih jauh.

BACA: “Kena buat 63 kali…”, Adik Ni Selamba Selasaikan Rubik Hanya Pusing Dua Bahagian Je

Hasrat Vietnam, Singapura, Myanmar dan Filipina untuk mara lebih jauh sudah pun terkubur. Hasrat Thailand untuk mara juga tidak kesampaian walaupun terikat lapan mata, jumlah jaringan, bolos dan beza jaringan yang sama dengan China.

Negara tembok besar itu berjaya mara selepas mencatatkan rekod pertemuan yang lebih baik ke atas Thailand di peringkat kumpulan.

Manakala Malaysia, masih berpeluang untuk mara ke psuingan ketiga, namun perlu bergantung dengan keputusan hasil pertemuan antara Oman menentang Kyrgyzstan esok.

BACA: Ramai Pening, Berapa Sebenarnya Kos Kosongkan Tangki Septik? Ini Jawapan “Direct” Indah Water

Mengikut congakan semasa, Malaysia perlu berharap Oman kenduri gol dalam perlawanan tersebut dengan menjaringkan sekurang-kurangnya enam gol tanpa bolos.

Pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia zon AFC

Sebanyak lapan slot automatik dan satu slot play-off antara benua untuk ke Piala Dunia diberikan kepada AFC.

Untuk pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia nanti, 18 pasukan akan merebut enam daripada lapan slot terus tersebut. Manakala dua slot lagi akan ditentukan pada pusingan seterusnya.

Setakat ini selain Indonesia, pasukan yang sudah mengesahkan kelayakan ke pusingan ketiga adalah Australia, Bahrain, Iraq, Iran, Jepun, Jordan, Korea Selatan, Oman dan Palestin.

Selain itu, Qatar, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu serta Uzbekistan juga sudah mengesahkan tempat masing-masing.

BACA: Kehadiran Ibu Zayn Rayyan Di Lokasi Mayat Ditemukan, Sebahagian Proses Siasatan

Sumber: Google, FIFA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.