Siakap Keli
Nora danish nedim cerai
Gambar: Astro Gempak

Nora Danish, Nedim Nazri Cerai Talak Satu

Nora Danish, Nedim Nazri Cerai Talak Satu

Status rumah tangga pelakon Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri yang menjadi tanda tanya akhirnya terungkai apabila pasangan itu bersetuju untuk berpisah secara sah melalui penceraian.

Memetik Astro Gempak, sekitar jam 8.34 malam Nedim melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun, Nora memohon agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau sebarang andaian mengenai keputusan mereka untuk membawa haluan masing-masing.

Tambah pelakon berusia 42 tahun itu, dia juga mahu anak-anaknya hidup dalam keadaan tenang dan positif.

“Saya harap semua boleh hormati jawapan yang saya boleh kongsikan, iaitu saya dan bekas suami saya, telah dapat persetujuan bersama untuk mengakhiri hubungan kami setelah tujuh tahun… telah berakhir di sini.

“Yang paling penting, tujuan kami, hanya mahu bersama-sama membesarkan anak-anak dengan kasih sayang dan positif. Harap sangat pada anda semua mendoakan baik-baik buat kami sekeluarga.

“Harap juga tiada teori-teori tentang perpisahan kami, sebab saya amat pentingkan keharmonian kedua-dua keluarga, keluarga saya dan Nedim, terutama anak-anak kami, sebab nak besarkan mereka dalam keadaan positif,” ujarnya.

BACA: Syamsul Yusof Sah Ceraikan Puteri Sarah Talak Satu

Terdahulu, pelakon terbabit mengakui perkahwinannya bersama Nedim sedang mengalami pergolakan.

Untuk rekod, Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang putera, Mohamed Neqayl, 6.

Nora juga sebelum ini berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali Jejai pada tahun 2006 namun berpisah dua tahun selepas itu.

Perkahwinannya bersama Jejai telah dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal, 15.

Sumber: Astro Gempak

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?