Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
ujian diagnostik
Kredit: Bernama
PM Anwar Setuju Ujian Diagnostik Kemasukan Ke Tahun Satu Tidak Dilaksana

BERNAMA

PM Anwar Setuju Ujian Diagnostik Kemasukan Ke Tahun Satu Tidak Dilaksana

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya ujian saringan diagnostik bagi menentukan kelayakan kanak-kanak memasuki Tahun Satu seawal umur enam tahun mulai sesi persekolahan 2027, tidak dilaksanakan.

Beliau berkata perkara itu telah diteliti termasuk kebimbangan pelaksanaan cadangan ujian diagnostik boleh memberi kesan psikologi serta bersifat diskriminatif kepada kanak-kanak.

“Cadangan awal (ujian diagnostik) itu baik sebab ada satu sistem penilaian sebelum anak masuk ke sekolah… tetapi difikirkan nanti ia jadi diskriminatif.

“Maknanya, ada anak-anak ini nak masuk darjah satu, prasekolah, (dikatakan) tidak layak, dia kurang cerdik dan sebagainya. Mungkin ada kesan psikologi. Oleh itu, ditiadakan. Itulah cadangan Menteri Pendidikan dan saya setuju ditiadakan dan dipermudahkan,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) yang meminta kerajaan meneliti pelaksanaan ujian diagnostik kemasukan Tahun Satu pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata ketiadaan ujian itu tidak bermakna pemantauan terhadap tahap kesiapsiagaan murid diabaikan, sebaliknya tanggungjawab tersebut perlu dipikul bersama oleh guru dan ibu bapa melalui aspek pemerhatian berterusan.

Sementara itu, beliau menegaskan matlamat utama kerajaan adalah untuk memastikan kanak-kanak berusia enam tahun mendapat ruang pembelajaran yang optimum.

Anwar berkata meskipun terdapat gesaan supaya kemasukan ke Tahun Satu seawal umur enam tahun ditangguhkan atas pelbagai kebimbangan, Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam arus pendidikan global dengan 137 negara telah melaksanakannya.

Beliau berkata tambahan RM800 juta akan diperuntukkan dalam belanjawan tahun ini bagi memenuhi keperluan segera termasuk pengambilan 18,000 guru baharu.

“Memang benar, saya tak nafikan kalau ikut Kementerian (Pendidikan) pada peringkat awal, dia kata boleh tak kita tangguh setahun lagi. Saya fikir agak berbeda, saya kata kalau kita tangguh setahun lagi, anak-anak kita itu rugi setahun.

“Anak-anak kita generasi sekarang tak seperti dulu, umumnya mereka jauh lebih dewasa, lebih pintar, lebih peka...jangan kita fikir guna tahap pemikiran kita yang lama, memang kita rasa tak boleh. Tapi anak-anak kita jauh lebih pintar, yang penting, beri pendedahan kepada mereka,” katanya.

Berhubung isu kesesakan sekolah, Anwar yang pernah menjawat Menteri Pelajaran dari 1987 hingga 1990 mengakui masalah tersebut terutama di bandar, namun pelaksanaan dua sesi persekolahan boleh dipertimbangkan bagi murid prasekolah dan Tahun Satu.

Sementara itu, beliau berkata walaupun kemasukan kanak-kanak enam tahun ke Tahun Satu belum diwajibkan di peringkat awal, ibu bapa digalakkan untuk mempertimbangkannya.

Perdana Menteri berkata pendaftaran kemasukan bagi sesi 2027 akan dilaksanakan dari 15 Feb hingga 31 Mac ini, manakala kanak-kanak berusia lima tahun boleh mendaftar prasekolah secara pilihan mulai 6 April 2026.

“Itupun saya ingin menggesa sebaik mungkin semua anak-anak mendaftar. Mengapa kita beri pilihan? Kerana pada peringkat awal, kita tidak mahu ibu bapa merasakan kejutan atau paksaan. Tetapi kita sediakan ruang. Ada setahun untuk masuk ke Darjah 1,” kata beliau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata keputusan melaksanakan dasar itu akan menyebabkan perbelanjaan kerajaan meningkat susulan peluasan pendidikan percuma kepada kanak-kanak berusia lima dan enam tahun.

“Sebab itu saya lihat Kementerian Pendidikan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan telah bergegas untuk melihat semua aspek ini. Aspek dana, aspek persiapan kurikulum, aspek sikap ibu bapa, itu diteliti sekarang supaya kita dapat laksanakan dengan sebaik mungkin,” katanya.