Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
jajaran sempadan malaysia indonesia
Kredit: Bernama
Jajaran Sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia Dapat Tambahan Kawasan 780 Hektar - PM Anwar

BERNAMA

Jajaran Sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia Dapat Tambahan Kawasan 780 Hektar - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Hasil pengukuran dan penandaan semula sempadan Malaysia dan Indonesia bagi Masalah Sempadan Tertangguh (OBP) di Sungai Sinapad dan Sungai Sesai membolehkan Malaysia memperoleh tambahan kawasan seluas 780 hektar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata tambahan kawasan itu menjadikan Kampung Kabulangalor, Kampung Lepaga dan Kampung Tetagas kini berada dalam wilayah Malaysia.

“Jadi tiga-tiga itu dimasuk ke Sabah, dakwaan berkenaan Malaysia menyerah seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan adalah tidak benar dan penipuan kalau pun tiada niat jahat sama sekali,” katanya pada sesi penerangan khas berhubung isu penjajaran sempadan Malaysia-Indonesia di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata kerja penandaan dan pengukuran semula OBP Sungai Sinapad dan Sungai Sesai dilaksanakan sehingga Ogos 2022 dan Oktober 2023 dengan jarak muktamad dipersetujui ialah 11.545 kilometer (km).

Bagi OBP Pulau Sebatik, Anwar berkata kerja penandaaan dan pengukuran semula dijalankan dari Februari hingga November 2019 dengan hasil pengukuran jarak muktamad dari East Pillar ke New West Pillar sepanjang 23.842 km.

“Setiap inci tanah dirundingkan, disepakati oleh Kerajaan Sabah sebelum dimuktamadkan dengan Kerajaan Malaysia dan Indonesia. Maka sebab itu, setelah ini dimuktamadkan baru dirujuk ke Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama Indonesia-Malaysia Ke-45 (JIM-45) pada 18 Feb 2025.

“Melalui MoU (Memorandum Persefahaman) dimeterai pada mesyuarat itu, keluasan baharu OBP Pulau Sebatik diperoleh oleh Malaysia adalah sebanyak 0.05 km persegi bersamaan lima hektar dan OBP Sungai Sinapad-Sungai Sesai, Malaysia memperoleh kawasan tambahan seluas 7.8 km persegi bersamaan 780 hektar,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata keseluruhan kawasan pertikaian di OBP Sungai Sinapad-Sungai Sesai dalam kawasan OBP B2700-B3100 berjumlah 5,987 hektar dan kawasan itu sememangnya berada di kawasan pentadbiran Indonesia

“Kalau lihat peta, kawasan yang daripada awal hak Indonesia tetapi oleh kerana peta itu belum dimuktamadkan, kita tidak bersetuju. Tapi selama ini, sejak 1915 itu tidak dipertikai oleh kerajaan Inggeris dan kerajaan Malaysia.

“Ini yang dikatakan walaupun pada faktanya tidak dimuktamadkan kerana perjanjian itu tidak ditandatangani, walaupun ia menjadi milik dan di bawah pengelolaan kerajaan Indonesia,” katanya.