Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tular Video Wanita Maut Ditimpa Bongkah Batu Ketika Melawat Air Terjun
Sekumpulan pengunjung sebuah kawasan air terjun di Sichuan, China melalui detik hitam apabila terpaksa menyaksikan satu insiden ngeri berlaku di hadapan mata mereka, pada Rabu.
Memetik laporan VN Express, salah seorang daripada pengunjung tersebut dilapor menemui ajal apabila ditimpa bongkah batu ketika bergambar di kawasan tumpuan pelancong tersebut.
Satu video yang sempat merakam detik-detik tragedi malang yang menimpa pengunjung berkenaan turut menjadi tular di media sosial dan mendapat perhatian warga maya.
Wanita maut, kepala ditimpa bongkah batu ketika melawat air terjun
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat ketika kejadian wanita berkenaan yang menggalas beg berwarna unggu sedang berdiri di satu kawasan anak tangga.
Mangsa yang memakai baju berwarna hitam dan seluar dipercayai denim berwarna biru kelihatan sedang memerhatikan keindahan kawasan berkenaan.

Namun begitu, ketika dia hendak menuruni anak tangga berkenaan, tidak semena-mena bongkah batu dilihat jatuh dan terus menimpa kepalanya. Mangsa kemudian dirakam terus terjatuh dan tidak sedarkan diri.
Disahkan meninggal dunia dan pihak polis sedang menyiasat insiden terbabit
Situasi kelam kabut yang berlaku itu terus menarik perhatian pengunjung lain yang berada berdekatan dengan kawasan tersebut.
Menurut VN Express, ada pengunjung yang mula bergegas meninggalkan kawasan tersebut selepas menyedari situasi yang berlaku kerana dipercayai bimbang menjadi mangsa seterusnya.
Dalam pada itu, rakaman turut menunjukkan seorang pengunjung menghampiri mangsa dan cuba memeriksa keadaan wanita itu.
Salah seorang pengunjung kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk melaporkan insiden yang berlaku dan mendapatkan bantuan.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia selepas beberapa minit insiden tersebut berlaku dan pihak polis dikatakan sedang menyiasat tragedi tersebut.
BACA: 5 Ahli Keluarga Suspek Serangan Balai Polis Ulu Tiram Didakwa Terbabit Dengan Ideologi IS
BACA: Bernilai RM15.75 Trilion, Nvidia Atasi Microsoft Jadi Syarikat Paling Berharga Di Dunia
Sumber: VN Express