“Bonnet” Kereta Depan Tak Rapat? Betulkan Satu Benda Ni Je
Kereta adalah sebuah mobiliti yang bergerak dari point A ke point B. Dalam tempoh tertentu, ia perlu diselenggara secara berkala untuk memastikan pemanduan kekal selamat dan tiada kerosakan teruk berlaku.
Bahagian paling dititikberatkan pada kenderaan ini adalah di bahagian bonnet depan kerana menempatkan pelbagai komponen kereta.
Antaranya termasuklah minyak hitam, minyak brek, radiator, hos paip, dan banyak lagi bahagian penting.
Oleh itu, kita tentunya kerap membuat pemeriksaan di bonnet hadapan kenderaan namun, secara tidak sedar kadangkala bonnet depan itu sudah mula ‘renggang’ dan tidak boleh ditutup secara rapat akibat asyik buka dan tutup.
Jadi apa yang perlu anda dilakukan, hantar ke bengkel? Nanti dulu, sebenarnya ini bukanlah satu isu besar dan boleh betulkannya di rumah sahaja tetapi masih ramai yang tidak tahu.
Sehubungan itu, SK hari ini akan kongsikan tip bagaimana nak ketatkan semula bonnet kereta anda dengan mudah di bawah.
Menurut lelaki dalam video @altimatsaujana, sekiranya bonnet kereta renggang atau tidak boleh tutup dengan kemas, anda tidak perlu pergi ke bengkel sebaliknya hanya membetulkannya di rumah sahaja.

BACA: Jangan Biar Sampai Haus, Ini Tips Periksa “Brake Pad” Kereta
Cara-cara betulkan bonnet kereta hadapan
Pertama, buka dahulu bonnet kereta dan tahan dengan penyandang besi.
Kedua, lihat pada bahagian kiri dan kanan (atas lampu kereta) terdapat satu getah berbentuk bulat. Ia berfungsi untuk menyelaraskan kedudukan bonnet kereta agar dapat ditutup dengan rapat.

Ketiga, pusingkan komponen itu ikut arah jam (ke kanan). Terdapat anak panah pada bahagian komponen itu sebagai penanda.
Keempat, gunakan langkah yang sama untuk lakukan pada satu lagi komponen dan dah siap!

Untuk lebih penjelasan, tonton video di bawah. Semoga bermanfaat.
@altimatsaujana Jangan sampai kena tipu dengan pomen kalau dia suruh tukar bonet baru, sebelum tu ikut cara ni dulu! #bengkel #bengkelkereta #bengkelkeretasungaibuloh #bengkelkeretasaujanautama #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkereta #aircondkeretataksejuk #bengkelserviceaircondkereta #aircondkereta #automotive #automotif #automotivemalaysia #automotifmalaysia #bengkelmalaysia #otomotif #otomotifindonesia #aircondkeretabaubusuk
♬ original sound – Altimat Saujana Utama – Altimat Saujana Utama
Sumber: TikTok @altimatsaujana