Siakap Keli
kursus latihan percuma
Gambar: Instagram HRD Corporation

Lebih 25,000 Kursus Tersedia, NTW 2024 Peluang Dapatkan Sijil Latihan Kemahiran Percuma 

Lebih 25,000 Kursus Tersedia, NTW 2024 Peluang Dapatkan Sijil Latihan Kemahiran Percuma 

Menteri Sumber Manusia, YB Tuan Sim Chee Keong hari ini mengumumkan sebanyak 25,000 kursus latihan kemahiran dianjurkan secara percuma sepanjang minggu ini.

Kursus dengan yuran pendaftaran yang pada asalnya bernilai ribuan ringgit kini percuma bermula 24 hingga 30 Jun ini. Bagi memudahkan rakyat turut serta, kursus-kursus tersebut diadakan secara maya dan fizikal di seluruh negara.

Latihan kemahiran merangkumi pelbagai bidang ini diadakan bersempena Minggu Latihan Kebangsaan (National Training Week – NTW) 2024. Bidang-bidang tersebut terdiri daripada peringkat asas, pertengahan dan premier.

Para peserta juga boleh memilih jenis kursus yang ingin disertai daripada enam kategori iaitu belia dan pelajar universiti, kanak-kanak prasekolah, remaja, graduan, profesional dan warga emas.

Pembangunan permainan ‘Roblox’ tersedia

Menurut Steven melalui laman X peribadinya, antara kursus menarik yang ditawarkan kepada kanak-kanak ialah kursus pembangunan permainan ‘Roblox’ dan pengekodan robotik.

Bagi individu yang ingin mengetahui ilmu kewangan, kursus pengurusan kewangan peribadi dan pengurusan hartanah juga turut disediakan.

Penganjuran NTW 2024 ini bertujuan memperkasakan rakyat Malaysia melalui pelbagai inisiatif yang menyeluruh. Selain daripada itu, NTW 2024 juga diharap dapat membolehkan rakyat memainkan peranan aktif memajukan pertumbuhan dan kesejahteraan negara.

BACA: Dihasilkan Dari Tebu, Ketahui Mengenai Bahan Api Etanol Yang Digunakan Di Brazil

Tambahan lagi, NTW 2024 juga bermatlamat untuk melengkapkan rakyat dengan kemahiran yang diperlukan untuk cemerlang dalam pasaran kerja kontemporari. Selain daripada itu, antara matlamat lainnya ialah untuk mendorong kerjasama antara industri, akademik dan individu.

Sehubungan dengan itu, NTW 2024 dilihat menumpukan kepada beberapa bidang utama iaitu kemahiran hidup, kemahiran masa depan, bidang kreativiti dan inovasi, kewangan dan pembangunan mampan juga tidak terkecuali bagi membina budaya pembelajaran sepanjang hayat.

Terdahulu, NTW 2023 dilapor telah mencatat seramai 129,000 peserta yang terdiri daripada rakyat Malaysia dengan jumlah rakaman latihan melebihi 503,000 jam, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp). Sambutan luar biasa ini menjadi pemangkin untuk NTW 2024 menyasarkan jumlah penyertaan sebanyak 150,000 di seluruh negara.

Bagi mereka yang berminat untuk sertai kursus latihan kemahiran ini, layari laman sesawang rasmi https://www.nationaltrainingweek.gov.my/ untuk pendaftaran.

Sumber: National Week Training, HRD Corp, X Steven Sim

BACA: Menakjubkan, Pesona “Strawberry Moon” Pukau Pandangan Ramai

BACA: Terima Kunjungan Tun M, Faisal Halim Luah Rasa Terharu

Azizah Najib

Menulis tanpa henti