Siakap Keli
MFL Beri Penjelasan
Kredit: Bernama

MFL Jelaskan Ini Sebab Aksi Selangor vs JDT Dimainkan Tanpa Penonton

MFL Jelaskan Ini Sebab Aksi Selangor vs JDT Dimainkan Tanpa Penonton

Malaysian Football League (MFL) hari ini menjelaskan alasan di sebalik hukuman aksi Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada LS14 di Stadium MBPJ dimainkan tanpa penonton.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam memberitahu keputusan yang dibuat oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL ini mengambil kira faktor hasil komersial (commercial venue) bagi pihak JDT selepas pembatalan aksi tersebut.

“Hukuman nombor empat dibuat berdasarkan commercial revenue pasukan JDT. Perlawanan itu tidak dimainkan dan pampasan dibayar, namun tiada keuntungan yang diperoleh daripada perlawanan tersebut.

MFL jelaskan ini sebab perlawanan Selangor FC vs JDT dimainkan tanpa penonton

“Pandangan bagi Ahli Lembaga Pengarah MFL ialah reverse match kerana tidak seharusnya ada keuntungan bagi kedua-dua pasukan yang bertanding. Ini adalah melibatkan keadilan dari segi komersial,” katanya seperti yang dilaporkan Stadium Astro.

Bagaimanapun, Selangor masih boleh membuat rayuan tersebut untuk diteliti oleh badan rayuan sebelum keputusan akan dilakukan oleh MFL.

BACA: Sultan Selangor Murka Keputusan MFL, Dianggap Tidak Berperikemanusiaan

BACA: Ini Maksud Nombor Pada Bungkusan Daging Kerbau Sejuk Beku Ramai Tak Tahu

Terdahulu, MFL memutuskan untuk mengenakan empat hukuman kepada Selangor FC susulan ketidakhadiran pasukan berkenaan ke Perlawanan Sumbangsih menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei lepas.

Dalam kenyataan media diterbitkan semalam, Selangor FC dikenakan hukuman denda sebanyak RM 100,000 dengan denda berkenaan akan diserahkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan kelak.

Selain itu, kelab berkenaan juga perlu membayar pampasan kerugian yang ditanggung JDT selaku tuan rumah dalam Perlawanan Sumbangsih dan juga kepada MFL.

Selangor FC turut berdepan hukuman pemotongan tiga mata selain perlawanan LS14 menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan dimainkan tanpa kehadiran penonton.

Sementara Selangor FC dalam kenyataan media pula memberitahu bahawa pihaknya mengambil maklum dengan hukuman yang diputuskan oleh MFL itu.

Oleh itu, kelab berkenaan kini sedang meneliti dan mengkaji semua saluran yang bersesuaian sebelum mengambil tindakan seterusnya.

Sumber: Stadium Astro

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.