Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Shahril Mokhtar Sah Letak Jawatan Dalam FAM
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Shahril Mokhtar, telah meletakkan jawatan daripada badan induk bola sepak tersebut serta-merta.
Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC menyatakan bahawa surat peletakan jawatannya telah dihantar kepada FAM pada tengah hari Rabu.
Tanpa mendedahkan alasan yang terperinci, Shahril menjelaskan bahawa kemelut bola sepak masa kini menjadi faktor utama keputusannya untuk meletakkan jawatan.
“Ya, saya sudah letak jawatan serta merta tengah hari tadi dan telah hantar surat kepada FAM. Peletakan jawatan itu adalah hak saya kerana saya dipilih dan bukan dilantik.
“Tidak adalah alasan apa pun (menyebabkan letak jawatan) tetapi kemelut bola sepak sekarang ini membuatkan saya mahu bertenang dan fokus untuk Selangor FC dan FAS,” katanya.
Peletakan jawatan Shahril itu berkemungkinan dipercayai berpunca daripada hukuman berat yang dikenakan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) terhadap pasukan Gergasi Merah selepas tidak hadir pada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor bulan lepas.
Dalam kenyataan pada Selasa, MFL mengenakan empat bentuk hukuman iaitu didenda RM100,000, pemotongan tiga mata dalam saingan Liga Super 2024/2025, perlu membayar pampasan kerugian yang ditanggung JDT selaku pasukan tuan rumah perlawanan pembukaan musim tersebut, dengan jumlah yang akan dimaklumkan kemudian.
Selain itu, perlawanan Liga Super minggu ke-14 antara Selangor dan JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan dimainkan tanpa penonton.
BACA: Selangor FC Umum Tidak Hadir Ke Perlawanan Piala Sumbangsih
BACA: Piala Sumbangsih: Selangor FC Didenda RM 100, 000 & Tiga Lagi Hukuman Lain
BACA: Selangor FC Teliti & Kaji Semua Saluran Bersesuaian Sebelum Ambil Tindakan Lanjut
Sumber: Sinar Harian