Siakap Keli
Mirnawan pakaian olimpik
Gambar: Mirnawan Nawawi

Mirnawan Nawawi Anggap Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Unik

Mirnawan Nawawi Anggap Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Unik

Bekas atlet hoki negara, Mirnawan Nawawi berpandangan bahawa pakaian rasmi Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 kali ini adalah unik dan berbeza daripada pakaian rasmi yang dimilikinya sebelum ini.

Beliau yang pernah beraksi di Sukan Olimpik sebanyak tiga kali itu juga berkata dirinya juga berasa bangga untuk menyarung pakaian rasmi yang disediakan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk setiap Temasya Pelbagai Sukan tersebut.

“Corak baharu pakaian rasmi Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang bertemakan “emas” adalah sangat unik dan berbeza daripada pakaian rasmi yang saya miliki sebelum ini, something different,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam hantaran di Facebook pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau juga berkata corak tersebut pastinya dapat menyuntik semangat tambahan kepada atlet untuk memenangi pingat emas di pentas Olimpik.

“Corak baharu tersebut yang menonjolkan keemasan semestinya akan menyuntik semangat tambahan kepada para Olimpian demi menrealisasikan impian untuk memenangi pingat emas yang sulung untuk Malaysia di pentas Sukan Olimpik!” ujarnya.

Gambar: Mirnawan Nawawi

Sepanjang kariernya sebagai pemain hoki profesional, beliau pernah beraksi dalam tiga Sukan Olimpik (1992, 1996 dan 2000), tiga Sukan Asia (1990, 1994 dan 1998), sekali Sukan Komanwel (1998) dan lima (5) Sukan SEA (1993, 1995, 1997, 1999 dan 2001).

Baginya, inisiatif MOM untuk menyediakan pakaian rasmi Kontinjen Malaysia yang bercorak baharu setiap kali Temasya pelbagai sukan, khususnya Sukan Olimpik, merupakan suatu pengiktirafan dan penghargaan kepada atlet kebangsaan serta Olimpian yang akan berjuang untuk Raja dan negara.

BACA: Ini Senarai Baju Kontinjen Negara Lain Ke Olimpik Paris 2024

Sebelum ini, berlangsung upacara perasmian pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada Hari Olimpik Malaysia di The Exchange TRX pada Ahad lalu, lapor Asro Awani.

Difahamkan, ia telah dihadiri oleh ribuan peminat sukan tanah air.

Menariknya, pakaian rasmi kali ini memaparkan ciri-ciri berbeza yang membawa kepada perubahan warna berbanding edisi sebelum ini.

Syarikat jenama sukan terkenal, Yonex sekali lagi diberikan kepercayaan sejak tahun 2016 untuk menghasilkan karya terbaik buat para atlet negara membawa nama ke pentas dunia.

Sumber: Facebook Mirnawan Nawawi

BACA JUGA: Kenapa Bila Dah Tutup Suis, Arus Elektrik Masih Mengalir? Ini Jawapannya

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"