Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
lalat benci kuning
Sumber: Detik

Mitos Atau Fakta: Lalat Benci Warna Kuning?

Hannah

Mitos Atau Fakta: Lalat Benci Warna Kuning?

Selain mengganggu, lalat merupakan serangga yang boleh menyebarkan bakteria di dalam rumah kita. Mana tidaknya, selepas ia menghurung najis dan sampah, ia datang menghurung makanan pula.

Sebagai pembawa lebih daripada 100 jenis kuman, lalat sebenarnya lebih berbahaya daripada yang disangka.

Sinonim dengan benda kotor dan penyakit, penyelidikan membuktikan bahawa lalat boleh menyebarkan lebih daripada 65 penyakit, termasuk demam kepialu, taun dan cirit-birit.

Oleh hal yang demikian, kita perlu berwaspada sekiranya terdapat banyak lalat di rumah kita. Masalahnya, ia bukanlah dapat dibasmi dengan mudah.

Namun, ada yang mengatakan bahawa warna kuning boleh membantu menghalau lalat kerana lalat membenci warna itu.

Persoalannya, adakah ini sekadar mitos, atau fakta yang kebanyakan kita tidak tahu?

BACA: Ini Maksud Nombor Pada Bungkusan Daging Kerbau Sejuk Beku Ramai Tak Tahu

Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Universiti Florida, lalat tiga kali lebih tertarik kepada warna biru berbanding warna kuning, dan ini menyimpulkan warna kuning seolah-olah boleh menghalau lalat.

Penyelidikan dalam edisi terbaru Jurnal Entomologi Perubatan mengukur pilihan (preference) warna lalat menggunakan ujian tingkah laku yang menentukan warna yang paling dituju oleh lalat.

Dengan menggunakan alat elektroretinogram yang boleh mengukur tindak balas mata lalat, hasil penyelidikan menunjukkan bahawa serangga ini bertindak balas lebih kepada warna biru berbanding warna kuning.

Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Innocean Indonesia dan Dulux juga menunjukkan lalat cenderung tidak mendekati warna kuning.

Mereka menjalankan eksperimen dengan menyediakan dua meja dengan pinggan makanan, satu dicat kuning terang dan satu lagi tidak dicat.

Kredit: Komando via Youtube

Keputusan menunjukkan bahawa lalat lebih tertarik kepada meja yang tidak berwarna kuning. Akhirnya, kerana ia dianggap agak berkesan, eksperimen itu menghasilkan Projek Kantin Kuning.

Projek ini menjadikan kantin sekolah menjadi kuning, yang sebenarnya berkesan untuk menghalau lalat di kantin.

Oleh itu, jika anda ingin menghalau lalat, anda boleh mencuba menggunakan warna kuning di rumah atau di ruang makan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menghalau lalat dengan menggunakan lampu LED berwarna kuning.

BACA: “Janji Cukup Tampung Perbelanjaan”, Gadis Rusia Tak Kisah Kahwini Bakal Suami Gaji RM2k

Sumber: Detik