Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
norway pesakit gaza
Sumber: BERNAMA

Norway Akan Terima Pesakit Dari Gaza – Perdana Menteri 

Hannah

Norway Akan Terima Pesakit Dari Gaza – Perdana Menteri

LONDON, 27 Jun (Bernama-Anadolu) — Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Store pada Khamis mengesahkan bahawa negara Nordik itu akan menerima dan merawat warga Palestin yang cedera dari Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.

Norway akan turut serta dalam usaha antarabangsa untuk membantu rakyat Palestin yang amat memerlukan rawatan hospital, menurut saluran media VG.

Pengumuman itu dibuat selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersama EU menyatakan bahawa 9,000 warga Palestin perlu dipindahkan bagi rawatan segera menjelang akhir 2024, di tengah-tengah serangan kejam Israel ke atas Gaza.

Selain itu, Norway akan menyumbang kepada pesawat bagi mengangkut pesakit Palestin ke negara lain.

“Dengan cara ini, kami dapat membantu lebih ramai orang berbanding yang mampu kami bawa ke Norway untuk mendapatkan rawatan,” kata Store kepada VG.

BACA: MFL Kurangkan Denda Selangor FC & Batalkan Dua Hukuman Lain

Perdana menteri berkata kerajaan memutuskan bahawa sehingga 20 pesakit dengan ahli keluarga dari Gaza boleh diterbangkan ke Norway untuk menerima rawatan di hospital Norway.

“Situasi kemanusiaan di Gaza adalah malapetaka. Sistem kesihatan telah runtuh. Oleh itu, perkara paling penting yang Norway boleh lakukan adalah menyokong kerja kesihatan dan kemanusiaan di Gaza dan kawasan sekitarnya,” kata Store.

Bulan lalu, Norway secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Organisasi kesihatan dan PBB pada Disember lepas memberi amaran bahawa sistem penjagaan kesihatan di Gaza telah runtuh.

Hanya 12 daripada 36 hospital di Gaza beroperasi sebahagiannya, menurut laporan terkini.

Lebih 37,700 rakyat Palestin telah terbunuh di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan lebih 86,400 lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Hampir sembilan bulan sejak serangan Israel, kawasan Gaza yang luas musnah di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.

BACA: Serangan Siber Jejas Perkhidmatan Awam, Indonesia Jadi Huru-Hara

Sumber: BERNAMA