Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Lampu Isyarat "Kedai Tomyam"
Kredit: @hafidaismail via TikTok
Tiada Kategori

“Merelit-merelap…”, Lampu Isyarat Ala ‘Kedai Tomyam’ Di Pulau Pinang Curi Tumpuan Ramai

Athirah

“Merelit-merelap…”, Lampu Isyarat Ala ‘Kedai Tomyam’ Di Pulau Pinang Curi Tumpuan Ramai

Sebagai pengguna jalan, anda sudah tentu maklum dengan keberadaan dan lokasi lampu isyarat di setiap persimpangan jalan yang biasa dilalui, kan?

Lampu isyarat mempunyai peranan yang sangat penting untuk menentukan pergerakan kenderaan di kawasan jalan atau persimpangan yang sibuk.

Jika arahan lampu isyarat dilanggar, maka potensi untuk kemalangan berlaku amatlah tinggi. Kita sudah tentu tidak mahu menjadi sebahagian daripada mangsa yang terlibat dalam situasi tersebut.

Biasanya, lampu isyarat konvensional terdiri daripada sebatang tiang yang dipasang dengan tiga set lampu berwarna iaitu merah, jingga dan hijau.

Lampu isyarat kedai Tomyam unik di Pulau Pinang curi perhatian orang ramai

Namun berbeza pula dengan lampu isyarat yang dirakam pengguna TikTok, @hafidaismail, kerana reka bentuknya yang unik telah menarik perhatian warganet.

Menurut @hafidaismail, rakaman berkenaan diambil ketika dia berhenti di sebuat lampu isyarat seperti kebiasaannya.

Berbeza dengan lampu isyarat yang biasa dilihat di mana-mana, lampu isyarat yang dirakam @hafidaismail seakan-akan lampu kalimantang yang biasa dilihat di restoran-restoran Tomyam.

Bukan setakat lampunya sahaja yang menyala, malah tiang-tiangnya sekali turut memaparkan isyarat berwarna.

“Sempoi dak traffic light kat tempat aku?” ujar @hafidaismail dalam video berkenaan.

Video berdurasi 19 saat itu pantas menarik perhatian warganet yang teruja kerana mungkin pertama kali melihat sistem lampu isyarat sedemikian.

Di negeri Melaka turut mempunyai lampu isyarat yang sama

Sementara itu, ada juga pengguna TikTok memaklumkan bahawa lampu isyarat yang serupa turut dipasang di sebuah jalan di Melaka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok mencadangkan agar lampu isyarat berkenaan dipasang di seluruh Malaysia kerana ia lebih jelas pada penglihatan.

“Beruntung lah dah ada. Setengah tempat usah kan traffic light macam ni, tiang traffic light pun tak ada,” komen seorang wargamaya.

“Ini kalau dok langgaq (asyik langgar) traffic light lagi tak tahu nak kata apa dah,” komen lagi seorang wargamaya.

BACA: Tiap Malam Penduduk Dengar Suara Ketawa, Misteri Akhirnya Terjawab

BACA: Dua Saintis Muda Wakili Malaysia Ke Mesyuarat Nobel Laureate Ke-73 Di Lindau, Jerman

Sumber: @hafidaismail via TikTok