Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
saintis muda malaysia
Kredit: Akademi Sains Malaysia

Dua Saintis Muda Wakili Malaysia Ke Mesyuarat Nobel Laureate Ke-73 Di Lindau, Jerman

Azizah Najib

Dua Saintis Muda Wakili Malaysia Ke Mesyuarat Nobel Laureate Ke-73 Di Lindau, Jerman

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menghantar dua saintis muda bagi mewakili negara dalam Mesyuarat Nobel Laureate ke-73 yang didedikasikan untuk Fizik di Lindau, Jerman pada 30 Jun hingga 5 Julai ini.

MOSTI dalam kenyataan semalam memaklumkan Nur Alia Sheh Omar, 33, dan Tang Jia Heak, 21, yang mewakili Malaysia akan menyertai lebih 600 saintis muda cemerlang dari 90 negara untuk berinteraksi serta bertemu dengan sekurang-kurangnya 30 Pemenang Anugerah Nobel.

Menurut kenyataan itu, Mesyuarat Nobel Laureate ke-73 akan memberi tumpuan kepada tiga tema utama iaitu fizik kuantum dan teknologi kuantum, penyelesaian berasaskan fizik untuk cabaran tenaga dan kecerdasan buatan dalam fizik.

“Mesyuarat ini bakal menawarkan peluang unik kepada kesemua saintis di peringkat awal kerjaya yang cemerlang untuk membentangkan penyelidikan mereka, saling bertukar pengalaman dan idea serta mendapatkan inspirasi daripada rakan sebaya dan Pemenang Anugerah Nobel,” menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, Nur Alia yang merupakan Felo Penyelidik di Aston University, United Kingdom berharap dengan penyertaan beliau dalam mesyuarat Nobel Laureate ke -73 itu, ia dapat meluaskan pengetahuannya sekali gus dapat membawa pulang inspirasi dan idea baharu.

“Saya amat berbangga dan bersyukur kerana dipilih untuk mewakili Malaysia dan Aston University, United Kingdom untuk ke Mesyuarat Nobel Laureate Lindau. Saya amat teruja untuk bertemu dan belajar daripada Pemenang Anugerah Nobel dalam bidang Fizik serta saintis muda dari seluruh dunia,” katanya.

BACA: Dihasilkan Dari Tebu, Ketahui Mengenai Bahan Api Etanol Yang Digunakan Di Brazil

Nur Alia menamatkan pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik dan Ijazah Sarjana Sains Bahan Lanjutan diikuti Doktor Falsafah (PhD) dalam Teknologi Penderiaan di Universiti Putra Malaysia, selain bidang keutamaannya seperti penderiaan optik resonans plasmon, nanomaterial sisa buangan dan sintesis hijau.

Tang yang merupakan Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Malaya berkata beliau sangat teruja kerana dipilih sebagai wakil negara dan akan memanfaatkan peluang tersebut untuk meluaskan pandangannya dan mempelajari topik-topik lanjutan dalam mesyuarat berkenaan.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Akademi Sains Malaysia (ASM) kerana merealisasikan perjalanan saya ke Jerman,” katanya.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata penyertaan wakil negara dalam inisiatif sains dan teknologi di peringkat global itu penting untuk meningkatkan kedudukan Malaysia di pentas antarabangsa dan membawa pulang amalan dan pemahaman terkini.

BACA: Apa Itu Dasar Gaji Progresif? Ini Yang Anda Perlu Tahu

“Ini membolehkan kita memperkasa kebolehan tempatan dan menjadikan Malaysia sebagai negara dengan ekonomi berasaskan pengetahuan penting bagi pertumbuhan yang lebih berdaya saing dan mampan,” katanya.

Presiden Akademik ASM Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen berkata dengan menyertai program berkenaan, Nur Alia dan Tang dapat menjadi rakan kongsi yang disegani dalam program kajian terkemuka di seluruh dunia.

“ASM berharap program ini akan memberi kesan positif yang berkekalan kepada para peserta apabila mereka mampu menangani isu kritikal dan seterusnya memperbaiki kualiti hidup masyarakat melalui kemajuan sains dan teknologi,” katanya.

Sejak 2004, Malaysia telah menghantar 86 saintis muda, termasuk wakil pada tahun ini, ke Mesyuarat Nobel Laureate Lindau menerusi MOSTI dan ASM.

Pada Oktober tahun lepas, Jawatankuasa Pemilihan ASM untuk Mesyuarat Nobel Laureate ke-73 telah mengadakan sesi temu duga bagi menilai pemohon untuk tahun ini dan seramai 13 calon disenarai pendek dan disokong oleh Jawatankuasa Pemandu Anugerah serta dua wakil dipilih bagi mewakili Malaysia.

Sumber: BERNAMA

BACA: Lebih 25,000 Kursus Tersedia, NTW 2024 Peluang Dapatkan Sijil Latihan Kemahiran Percuma