Siakap Keli
minah saleh lagu uitm
Gambar: TikTok @d0ublechin2.0

Minah Saleh Guna Lagu UiTM Di Hatiku Ketika Majlis “Graduation” Curi Perhatian

Minah Saleh Guna Lagu UiTM Ketika Majlis “Graduation” Curi Perhatian

Baru-baru ini tular satu video yang dimuat naik seorang wanita minah saleh di platform TikTok menggunakan lagu rasmi Universiti Teknologi Mara (UiTM) sewaktu berada di majlis graduasi hingga menarik perhatian warga maya.

Video berdurasi tujuh saat itu telah dimuat naik oleh pemilik akaun @d0ublechin2.0 yang menggunakan lagu “UiTM Di Hatiku” sebagai lagu latar belakang klipnya.

“Melihat separuh kelas saya menamatkan pengajian kerana tidak pernah melihat mereka sebelum ini,” tulis dalam klip itu.

Dalam klip itu memaparkan wanita berambut perang merakam momen-momen manis itu di institusi pengajiannya ketika majlis graduasi sedang berlangsung.

“UiTM mendonia”

Gambar: TikTok @d0ublechin2.0

Walau bagaimanapun, video berkenaan telah menuai pelbagai reaksi netizen khususnya pelajar dan alumni universiti tersebut.

Rata-rata warga maya terhibur dan berseloroh bagaimana minah saleh itu ‘terselit’, sedangkan institusi pengajian itu hanya menempatkan golongan Bumiputera sahaja.

Sesetengah mereka juga mempersoalkan bagaimana wanita tersebut boleh menggunakan lagu UiTM sedangkan terdapat berjuta lagu yang lebih menarik untuk digunakan.

Kebanyakan mereka yang menggunakan lagu tersebut biasanya berada dalam majis tamat pengajian dan tidak dinafikan lagu itu sesuai dengan suasana majlis tersebut.

BACA: Bekas Pelajar TVET Mampu Buka Tiga Cawangan Syarikat Fabrikasi & Perpaipan, Gajikan Lebih 80 Orang Staf

Berikut antara sorotan komen warganet;

“Bukan dengan lagu UiTM,” komen seorang pengguna platform berkenaan.

“Ya Allah, ini lagu rasmi universiti saya,” tulis seorang pengguna.

“Kakak belajar dekat UiTM Jengka ke?” seloroh seorang pengguna lagi.

“Kampus cawangan Los Angeles ni,’ tulis seorang lagi.

“Bangga jadi alumni UiTM,” komen pengguna yang juga alumni institusi itu.

BACA: Terumbu Karang Haiwan Atau Tumbuhan? Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu

Untuk makluman, video ini telah mendapat lebih 300,000 tontonan dengan lebih 23,000 tanda ‘Suka’ dan pelbagai komen pengguna.

Trend ini turut digunakan oleh pelajar-pelajar luar negara lain menggunakan lagu universiti berkenaan di platform TikTok.

@d0ublechin2.0

WHO R U?! #fyp #graduation #seniorrecognition #trending

♬ original sound – Iamsyazone – Pungsuk wangdu

Sumber: TikTok @d0ublechin2.0 

BACA JUGA: Kenapa Bendera Malaysia Dicat Terbalik Tapi Perkataan “Malaysia” Tidak Pada Pesawat?

BACA JUGA; Tiada Perbincangan UiTM Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"