Siakap Keli
bateri ev geely 50 tahun
Kredit: Geely

Geely Berjaya Cipta Bateri EV Mampu Bertahan Sehingga 50 Tahun & 1 Juta Km

Geely Berjaya Cipta Bateri EV Mampu Bertahan Sehingga 50 Tahun & 1 Juta Km

Syarikat automotif terkemuka China, Geely Auto Group baru-baru ini telah mengumumkan kejayaan menghasilkan bateri litium besi fosfat generasi baharu untuk kenderaan elektrik (EV).

Dikenali sebagai Aegis New Short Blade Battery , bateri EV generasi baharu itu dikatakan yang terbaik dari segi jangka hayat, kelajuan pengecasan dan keselamatan tertinggi.

Menurut Geely dalam satu kenyataan media, pihaknya yakin Aegis akan menjadi penanda aras baharu dalam industri bateri EV dari segi keselamatan, saiz kompak, ketumpatan tenaga yang tinggi dan beberapa aspek yang lain.

Bateri EV baharu Geely mampu bertahan sehingga 50 tahun & 1 juta Km

Mengenai bateri tersebut pula, Aegis menggunakan bahan elektrod berbilang elemen yang digabungkan dengan saiz bateri lebih kecil dan rintangan dalaman yang rendah.

Ia sekaligus memberi kadar tindak balas kimia dalaman yang dapat memanjangkan hayat bateri.

Ujian Geely membuktikan bahawa hayat kitaran teknologi Aegis mampu mencapai 3,5000 kitaran, bersamaan dengan pengecasan dan pemanduan sejauh 1 juta kilometer dengan impak minimum pada julat bateri.

Manakala berdasarkan purata pemanduan keluarga sejauh 20,000 kilometer setahun pula, bateri berkenaan mampu bertahan sehingga 50 tahun.

Ia sekaligis menawarkan jangka hayat penggunaan bateri EV yang lebih panjang, memperbaiki nilai pasaran kereta EV terpakai dan juga mengurangkan pelepasan karbon sehingga 80,000 tan setahun.

Jika data-data yang didedahkan Geely adalah tepat, ia dapat menyelesaikan masalah jangka hanyat bateri EV semasa yang hanya mampu bertahan sekitar 10 hingga 15 tahun.

Miliki pengecasan super pantas dan prestasi suhu rendah yang stabil

Teknologi Aegis juga secara efektif berjaya berjaya menyelesaikan masalah rintangan dalaman tinggi yang terdapat dalam bateri bilah panjang dalam pasaran ketika ini.

Bateri baharu Geely ini menggunakan tiub nano karbon yang panjang dan nipis untuk melancarkan penghantaran ion serta bahan tambahan.

Ia boleh meningkatkan kebolehtelapan filem yang menjadikannya lebih mudah untuk ion bergerak antara elektrod sekaligus meningkatkan prestasi pengecasan dengan lebih pantas.

Menurut portal Geely lagi, data ujian menunjukkan bahawa dalam bateri bilah dengan kapasiti yang sama, purata pengecasan 10-80% SOC akan mengambil masa selama 26 minit, dengan kadar pengecasan purata 1.61C.

Sementara itu, Aegis hanya mengambil masa selama 17 minit 4 saat dengan kadar pengecasan purata 2.45C.

BACA: Ditutup Sementara, Jurugambar Kongsi Foto Dataran Lang Langkawi Sedang Dinaik Taraf

Sumber: Geely

Athirah

When nothing goes right, go left.