Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
covid-19 tiada kuarantin
Kredit: BERNAMA

COVID-19: Tiada Lagi Perintah Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

Azizah Najib

COVID-19: Tiada Lagi Perintah Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) — Individu positif COVID-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan individu positif COVID-19 akan dirawat sama seperti jangkitan saluran pernafasan yang lain dan digalak memakai pelitup muka, kekal di rumah, elak interaksi sosial dan mengelakkan tempat sesak.

Bagaimanapun, individu disahkan positif masih berpotensi menyebarkan jangkitan COVID-19 dan disaran mengambil langkah kawalan dan pencegahan sekiranya perlu keluar rumah atau tempat kediaman.

KKM memaklumkan individu tersebut perlu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya gejala berterusan atau bertambah teruk dan pemberian Sijil Cuti Sakit dan rujukan ke hospital (jika perlu) adalah berdasarkan penilaian pegawai perubatan yang merawat.

Menurut kenyataan itu, setakat ini tiada varian baharu dikesan dan varian yang sedang menular di Malaysia adalah masih varian Omicron dengan subvariannya terdiri daripada Variant of Concern (VOC), Variant of Interest (VOI), dan Variant Under Monitoring (VUM).

BACA: Boleh Bawa Maut Jika Tak Dirawat, Ketahui Mengenai Demam Kepialu

Sehingga 29 Jun lalu, sebanyak 854 kumulatif kes Currently Circulating Variant of Interest (VOI) dilaporkan dengan pecahan kes sebanyak 581 kes JN.1 dan sublineages iaitu 68 peratus; 233 kes EG.5 dan sublineages (27.3 peratus) serta 40 kes BA.2.86 dan sublineages (4.7 peratus).

“Bagi VUM, Malaysia turut melaporkan subvarian baharu yang disenaraikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu LB.1 sebanyak 12 kes (57.1 peratus). Namun begitu, subvarian yang sedang menular ini tidak menyebabkan jangkitan yang lebih teruk kepada individu yang dijangkiti,” katanya.

KKM memaklumkan Individu bergejala seperti batuk dan selesema digalakkan memakai pelitup muka ketika berada di fasiliti kesihatan selain petugas kesihatan menguruskan pesakit.

Dalam pada itu, bilangan kes baharu turun sebanyak 77.9 peratus kepada 3,810 kes pada Minggu Epidemiologi ke-26 (ME26/2024) bagi tempoh 23 hingga 29 Jun berbanding 17,256 kes pada minggu pertama tahun ini.

Tiada kes kematian dilaporkan pada tempoh tersebut berbanding 22 kes pada minggu pertama tahun ini.

Sumber: BERNAMA

BACA: ‘Pocong’ Ditangkap, Kena Ceramah Dengan Polis

BACA: Jurutera Kilang Ditahan Rakam Video Dalam Tandas Wanita