Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
apa perlu buat wang kertas rosak
Kredit: MADAMAMA SHOP via TikTok

Apa Perlu Buat Dengan Wang Kertas Yang Rosak? Jangan Buang, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Hannah

Apa Perlu Buat Dengan Wang Kertas Yang Rosak? Jangan Buang, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Menyimpan wang dalam tabung sebenarnya adalah amalan lama yang kini semakin dilupakan kerana kebanyakan orang sudah mempunyai akaun bank.

Ramai yang berpendapat lebih baik menyimpan wang di bank daripada dalam tabung.

Namun, tidak ramai yang memahami kegembiraan dan kepuasan menyimpan wang dalam tabung sendiri.

Ada kalanya, kita menyimpan wang dalam tabung bukan sahaja untuk kepuasan, tetapi juga sebagai persediaan untuk masa depan.

Walau bagaimanapun, nasib malang tidak berbau apabila seorang pengguna TikTok, @madam_mama06, berkongsi video yang menunjukkan wang kertas dalam tabung ibunya dimakan anai-anai.

Dengan berlatarbelakangkan bunyi ‘tangisan’, video itu memaparkan dengan jelas wang kertas bertebaran di atas lantai ‘hancur’ dimakan anai-anai.

“Semoga Allah SWT menggantikan rezeki yang berlipat kali ganda buat ibuku,” tulisnya dalam hantaran itu.

Persoalannya, jika situasi sama berlaku kepada anda, apa yang perlu anda buat dengan wang kertas yang rosak itu? Takkan nak buang.

Jangan terburu-buru buang wang kertas rosak, ini yang anda perlu buat

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa wang kertas yang rosak sudah tiada nilainya.

Tapi, tahukah anda bahawa sekiranya anda mempunyai wang kertas yang rosak, anda boleh menukarnya dengan wang kertas yang baru?

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), anda boleh tukar wang kertas tersebut tetapi nilai pertukaran bergantung pada keadaan wang kertas tersebut.

Bagi kes wang kertas rosak yang jelas nilainya, anda akan diberikan ganti nilai pada hari yang sama. Contoh-contoh keadaan wang kertas seperti berikut:

  1. Lebih dari 2/3 saiz asal wang kertas.

  2. Tiada contengan pada potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau tulisan yang memaparkan slogan politik.

  3. Tidak rosak oleh contengan ketara seperti tulisan perkataan, angka, dan lain-lain.

Bagi kes wang kertas rosak yang kurang jelas nilainya pula, bank akan merujuk BNM dan anda akan diberikan ganti nilai pada tarikh lain. Contoh-contoh keadaan wang kertas seperti berikut:

  1. Mempunyai kesan dakwat.

  2. Terbakar.

  3. Dimakan anai-anai.

Untuk proses pertukaran wang kertas rosak ini, anda boleh hadir ke mana-mana cawangan bank berhampiran anda.

Pastikan anda mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan bagi memudahkan proses pertukaran.

Semoga bermanfaat.

BACA: JDT Racing Team Terima Tiket ‘Wild Card’ Ke Perlumbaan WSBK Portugal

Sumber: Bank Negara Malaysia via Facebook