Siakap Keli
mara inc.

MARA Inc. Kembali Mencatat Prestasi Positif

MARA Inc. Kembali Mencatat Prestasi Positif

KUALA LUMPUR, 5 JULAI 2024 – Hari ini media melaporkan Laporan Ketua Audit Negara mengenai kerugian terkumpul dialami MARA Incorporated Sdn. Bhd. (MARA Inc.), anak syarikat MARA Corporation Sdn. Bhd. (MARA Corp.)  berjumlah RM286.30 juta sejak tahun 2012 hingga 2022.

Menurut Ketua Pengarah MARA, Datuk Sri Azhar Abdul Manaf, kerugian  terkumpul ini sebahagiannya melibatkan urusan pembelian aset di luar  negara khususnya di Australia dan United Kingdom antara tahun 2012 hingga  2014.

Dalam perkara ini, segala tindakan sewajarnya telah diambil termasuk  dari aspek perundangan serta tindakan susulan oleh MARA dan syarikat bagi  menyelesaikan perkara ini.” 

Datuk Sri Azhar berkata, “Majlis MARA pada September 2015 telah  meluluskan pelan rasionalisasi pemulihan MARA Inc. dalam memastikan nilai  aset meningkat dari tahun ke tahun serta memperkasakan aspek tadbir urus  syarikat ke arah mengurangkan kerugian terkumpul.

Pelaksanaan pelan ini  merangkumi pelunasan hutang-hutang serta rasionalisasi operasi aset  MARA Inc. di luar negara yang kini telah mula menampakkan hasil yang mana  aset-aset tersebut kini telah bebas daripada sebarang hutang dengan pihak  luar.” 

“Namun, pada tahun 2020 dan 2021, pandemik Covid19 telah melanda dan  menjejaskan prestasi aset-aset MARA Inc.. Nilai aset-aset tersebut jatuh  mendadak dan menjadi penyumbang terbesar kepada kerugian terkumpul  Syarikat,” ujarnya lagi.  

mara inc.

Beliau turut menekankan bahawa bermula tahun 2022 dan sehingga kini (Jun  2024), prestasi aset-aset ini semakin baik dengan kadar sewaan yang  meningkat serta kadar penghunian melebihi 90%. Aset-aset tersebut telah  menjana pulangan yang baik kepada MARA Inc. dan telah memberi impak  positif kepada nilai aset selepas pandemik. 

Bagi tempoh 3 tahun yang sama, nilai pelaburan hartanah MARA Inc. telah  meningkat sebanyak hampir 30 peratus daripada RM170 juta kepada RM215  juta manakala prestasi kewangan juga menunjukkan tren positif dengan  merekodkan keuntungan selepas cukai bagi tahun 2022, 2023 dan setakat  Mei 2024.

Ia sekaligus mengurangkan kerugian terkumpul sebanyak RM14.06  juta atau 5% dari jumlah kerugian terkumpul pada tahun 2022 dan  membolehkan MARA Inc. membuat pembayaran dividen kepada MARA  Corp. 

Majlis MARA dan Pengurusan MARA hari ini amat komited dan beriltizam  tinggi untuk memastikan segala aspek tadbir urus korporat dan tatakelola kewangan syarikat berada pada tahap tertinggi agar tidak berlaku sebarang  ketirisan, penyimpangan, penyelewengan dan pembaziran yang melibatkan  wang rakyat yang diamanahkan. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.