Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
tun mahathir 99 tahun
Kredit: BERNAMA

Lahir Pada 10 Julai 1925, Tun Mahathir Genap 99 Tahun Hari Ini

Azizah Najib

Lahir Pada 10 Julai 1925, Tun Mahathir Genap 99 Tahun Hari Ini

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-99 hari ini.

Menurut laporan Sinar Harian, anak jati Kampung Seberang Perak di Alor Setar, Kedah ini dilahirkan pada tanggal 10 Julai 1925. Namun tarikh kelahiran tersebut direkodkan lebih lewat sedikit iaitu pada 20 Disember tahun yang sama.

Bertemu jodoh dengan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang juga bakal menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-98 pada 12 Julai nanti, mereka dikurniakan tujuh orang anak.

Kesemua tujuh orang anaknya diberi nama yang bermula dari huruf ‘M’ iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.

Sebelum ini, Tun Mahathir pernah mendedahkan rahsia kesihatan beliau dalam beberapa wawancara akhbar. Antara rahsia mempunyai kesihatan yang baik ialah bersederhana ketika makan dan bersenam.

BACA: Tonjol Warna Jalur Gemilang, Pakaian Rasmi Atlet Paralimpik Ke Paris Raih Pujian Ramai

Mengimbau kembali sejarah Tun Mahathir sebagai seorang tokoh, beliau pertama kali menerima tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keempat pada 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.

Tempoh ini sekaligus menjadi rekod sejarah Perdana Menteri paling lama dalam sejarah Malaysia dan Asia, iaitu 22 tahun.

Selama hampir 13 tahun tidak melibatkan diri dalam politik, beliau kembali dengan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada tahun 2016.

Tahun 2018 menyaksikan sejarah apabila parti Bersatu bersama pakatannya mendapat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

BACA: “Jangan Gabungkan Makanan..,” Doktor Ini Kongsi Langkah Rawat & Cegah Mabuk Durian

Kemenangan tersebut membuka peluang kedua buat Tun Mahathir kembali menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Biarpun ketika itu beliau sudah pun menginjak ke usia 93 tahun, semangatnya masih utuh menerajui negara sebagai Perdana Menteri Ketujuh.

Terkini, beliau berada di London bagi mengadakan pertemuan bersama kumpulan pemimpin komuniti Muslim serta pengusaha perniagaan milik Muslim di United Kingdom.

“Pelbagai isu dibincangkan termasuk perpecahan sesama Ummah, peperangan di Gaza dan isu politik serantau,” maklumnya menerusi laman Facebook peribadi miliknya.

Selamat ulangtahun kelahiran buat Tun Dr Mahathir, semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik.

Sumber: Sinar Harian, Facebook Dr. Mahathir bin Mohamad

BACA: Malaysia “Top 3”, Gemar Tempah Penginapan Dengan Kolam Renang Ketika Bercuti