Siakap Keli
uniform acara pembukaan olimpik mongolia
Gambar: Michel & Amazonka

Cantik, Uniform Acara Pembukaan & Penutup Atlet Mongolia Di Sukan Olimpik Curi Tumpuan

Cantik, Uniform Acara Pembukaan & Penutup Atlet Mongolia Di Sukan Olimpik Curi Tumpuan

Temasya sukan terbesar di dunia, Sukan Olimpik bakal berlangsung di Kota Paris dengan acara pembukaan dijadualkan pada 26 Julai ini.

Seramai 10,500 orang atlet yang mewakili 206 negara, termasuk hampir 120 orang pemimpin utama dunia dilapor akan berada di Paris pada malam tersebut.

Biasanya, acara pembukaan akan disusun dengan sangat tertib dan akan menampilkan pelbagai persembahan untuk menghidupkan suasana.

Antara detik yang paling dinanti-nantikan tentunya ketika perarakan masuk kontinjen-kontinjen yang bertanding. Ketika itu, atlet-atlet akan menggayakan pakaian istiadat pembukaan yang direka untuk menonjolkan identiti negara masing-masing.

Rekaan uniform acara pembukaan dan penutup atlet Mongolia di Sukan Olimpik curi tumpuan warga maya

Justeru, tak hairanlah selain pakaian rasmi kontinjen, pakain istiadat acara pembukaan dan penutup Sukan Olimpik juga antara yang perlu diberi perhatian semua pihak.

https://www.facebook.com/MichelAmazonka/posts/pfbid02G3sJhJ15moNqPNVLmNheU2gN5YUYpf7i1Sy7nCJd9xeEK16JYi4dBzCw85noFp3xl

Terbaru, beredar beberapa keping gambar yang menunjukkan rekaan pakaian rasmi istiadat acara pembukaan dan penutup kontinjen Mongolia di media sosial.

Hantaran-hantaran berkenaan sekelip mata berjaya menangkap mata dan perhatian warganet selepas menjadi viral.

Rata-rata komen yang ditinggalkan begitu kagum dengan rekaan pakaian tersebut yang disifatkan sangat cantik dan mencerminkan budaya negara tersebut.

Hasil carian di internet mendapati, pakaian berkenaan direka oleh jenama terkemuka, Michel & Amazonka. Ini merupakan kali kedua jenama tersebut diberi kepercayaan untuk menghasilkan pakaian rasmi istiadat untuk atlet Mongolia.

BACA: Dua Wanita Ditemui Maut Dalam Kereta Dipercayai Ke Pulau Pinang Untuk Bercuti

Menggunakan warna putih sebagai warna latar, pakaian berkenaan turut menampilkan simbol Mongolia dan Olimpik pada bahagian hadapan.

Selain itu, pada baner Nine White turut tertera rekaan obor Olimpik, logo Sukan Olimpik Paris dan lambang yang mewakili matahari, bulan dan Gua-Maral (rusa mistikal).

https://www.facebook.com/MichelAmazonka/videos/1025222715945993

Pada bahagian belakang pula, turut disertakan satu sulaman nama jenama yang mereka pakaian tersebut.

Menjengah pada ruang komen hantaran yang dibuat oleh Michel & Amazonka, rekaan berkenaan bukan sahaja disambut baik oleh warga tempatan, malah turut dikagumi warganet di seluruh dunia.

Rata-rata memuji rekaan pakaian tersebut yang kelihatan sangat cantik, unik dan lain daripada yang lain.

BACA: Dua Kanak-kanak Maut, Ibu Kritikal Selepas Terperangkap Dalam Kebakaran Bilik Sewa

Sumber: Michel & Amazonka

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.