Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Dua Mayat Wanita
Kredit: Sinar Harian

Dua Wanita Ditemui Maut Dalam Kereta Dipercayai Ke Pulau Pinang Untuk Bercuti

Athirah

Dua Wanita Ditemui Maut Dalam Kereta Dipercayai Ke Pulau Pinang Untuk Bercuti

Dua mayat wanita ditemui dalam kedaan kembung dan berbusuk di dalam sebuah kereta di Taman Sri Rambai, Pulau Pinang, pada petang Rabu.

Menurut laporan Sinar Harian, kedua-dua mangsa merupakan rakan karib yang dipercayai ke negeri itu untuk bercuti.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, laporan polis dibuat pada 5 Julai lepas setelah kehilangan kedua-dua wanita berusia 30 dan 25 tahun itu disedari ahli keluarga mereka.

Tambahnya lagi, siasatan polis mendapati tiada sebarang senjata atau peralatan lain di tempat kejadian yang boleh mengaitkannya dengan unsur jenayah.

“Mayat kedua-dua wanita berkenaan telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk tujuan bedah siasat.

“Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Kedua-dua wanita dipercayai sudah meninggal dunia lebih lima hari

Terdahulu, media tempatan melaporkan penemuan mayat berkenaan dibuat oleh orang ramai yang melalui kawasan itu, kira-kira 5,30 petang semalam.

Penemuan itu kemudian dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Menurut laporan media, kedua-dua wanita itu dipercayai meninggal dunia lebih lima hari berdasarkan keadaan mayat mereka.

Kedua-dua mangsa berasal dari Negeri Sembilan

Dalam pada itu, nombor telefon yang dipercayai milik ahli keluarga salah seorang mangsa turut yang diletakkan di bahagian papan pemuka (dashboard) kereta turut ditemui.

Difahamkan, kedua-dua mangsa dipercayai berasal dari Negeri Sembilan dan datang ke Pulau Pinang untuk bercuti.

Sinar Harian melaporkan jenazah kedua-dua wanita terbabit sudah dituntut ahli keluarga pada jam 2 petang selepas proses bedah siasat selesai dijalankan.

Lanjutan daripada itu, jenazah akan dibawa pulang ke kediaman di Seremban, Negeri Sembilan sebelum dikebumikan.

BACA: Sudah Kembung & Berbau, Mayat Dua Wanita Ditemui Dalam Kereta

BACA: Persidangan Antarabangsa: Sejarah Kedah Tua Berdasarkan Catatan Yi Jing, Himpun Sejarawan Seluruh Negara

BACA: Feri Bawa 163 Penumpang Ke Langkawi Terkandas Lebih Lima Jam

Sumber:

Sinar Harian