Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Pemain Brazil Ditembak polis

Pemain Brazil Cedera Ditembak Polis Guna Peluru Getah, Kaki Berdarah Teruk

Athirah

Pemain Brazil Cedera Ditembak Polis Guna Peluru Getah, Kaki Berdarah Teruk

Penjaga gol kelab Gremio Anapolis, yang beraksi dalam saingan bola sepak remaja peringkat negeri di Brazil mengalami kecederaan selepas ditembak oleh anggota keselamatan, Specialised Policing Company (CPE) dalam sebuah perlawanan.

Ramon Souza cedera di bahagian kaki selepas ditembak dipercayai menggunakan peluru getah dalam situasi kekecohan yang berlaku selepas kelabnya menang 2-1 ke atas Centro Oeste.

Semasa kekecohan yang berlaku selepas tamat perlawanan itu, seorang anggota keselamatan yang bertugas mengawal situasi di stadium dirakam melepaskan tembakan yang mengenai kaki pemain tersebut.

Menurut Dailymail UK, Souza kemudian sempat dirawat oleh doktor pasukan sebelum diberikan bantuan kecemasan semasa dalam ambulans menuju ke hospital.

Dalam pada itu, pihak pengurusan Gremio melalui satu kenyataan berikrar untuk mengambil semua langkah yang sewajarnya untuk membela pemain mereka.

Malah, kelab itu juga akan memastikan anggota keselamatan yang bertanggungjawab melepaskan tembakan tersebut dikenakan tindakan setimpal.

Siasatan mengenai insiden terbabit telah dijalankan oleh pihak berkuasa

Kelab itu turut memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan keadaan kaki Souza selepas ditembak oleh anggota keselamatan tersebut.

Menerusi gambar-gambar yang dimuat naik, kesan luka kelihatan dengan jelas pada kaki pemain berkenaan.

BACA: Cantik, Uniform Acara Pembukaan & Penutup Atlet Mongolia Di Sukan Olimpik Curi Tumpuan

Malah, pasukan perubatan kelab turut terpaksa membalut kawasan luka semasa Souza diusung untuk dibawa masuk ke dalam ambulans.

Mereka juga turut dilihat menjirus kawasan kaki pemain tersebut untuk mencuci kesan darah yang mengalir akibat daripada luka berkenaan.

Siasatan mengenai insiden terbabit telah dijalankan oleh pihak berkuasa

Sementara itu, pasukan Polis Tentera Negeri Goias memaklumkan pihaknya kini sedang menyiasat insiden tersebut.

Malah, pasukan itu turut mengulangi komitmen mereka yang tidak akan bertoleransi dengan mana-mana perbuatan salah laku melibatkan mana-mana anggotanya.

BACA: Dua Kanak-kanak Maut, Ibu Kritikal Selepas Terperangkap Dalam Kebakaran Bilik Sewa

BACA: Dua Wanita Ditemui Maut Dalam Kereta Dipercayai Ke Pulau Pinang Untuk Bercuti

Sumber: Dailymail UK