Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
anak lelaki terkaya asia berkahwin
Gambar: AFP

Anak Lelaki Terkaya Asia Berkahwin, Kos Majlis Dianggar Cecah Ratusan Juta Dolar

Azizah Najib

Anak Lelaki Terkaya Asia Berkahwin, Kos Majlis Dianggar Cecah Ratusan Juta Dolar

Selepas tujuh bulan majlis praperkahwinan berlangsung, Anant Ambani, anak lelaki kepada individu terkaya di Asia selamat mendirikan rumah tangga dengan Radhika Merchant hari ini.

Radhika pula merupakan pewaris kepada syarikat farmaseutikal terkemuka di India.

Digelar sebagai Wedding of The Years, majlis perkahwian kedua-dua pasangan itu diadakan di sebuah pusat konvensyen milik Mukesh Ambani di Mumbai yang mampu memuatkan sehingga 16,000 tetamu.

Difahamkan, perkahwinan berkenaan dihadiri tetamu kenamaan terdiri daripada pemimpin dan ahli politik, taikun-taikun perniagaan, selebiriti terkenal dari serata dunia.

Antara pemimpin dunia yang hadir termasuklah bekas Perdana Menteri UK, Tony Blair dan Boris Johnson. Pemilik Meta, Mark Zukerberg dan Pengerusi Samsung, Jay Y. Lee turut kelihatan di majlis tersebut.

Manakala selebiriti-selebiriti terkenal yang dijemput oleh Amabani termasuklah adik beradik Kardashian, John Cena dan Shah Rukh Khan.

Walaupun tiada maklumat tepat berkenaan kos keseluruhan majlis perkahwinan anak Ambani, namun pemerhati menjangkakan jumlahnya boleh mencecah sehingga ratusan juta dollar.

Ini kerana selebiriti-selebiriti yang dijemput untuk mengadakan persembahan biasanya menerima bayaran antara tujuh hingga lapan angka.

Kronologi majlis anak lelaki terkaya Asia, Anant Ambani berkahwin dengan Radhika Merchant

Perjalanan membina rumahtangga kedua-dua mempelai ini bermula apabila Anant melamar Radhika pada 29 Disember tahun lalu.

Majlis berkenaan difahamkan berlangsung di sebuah kuil di utara Rajasthan dan hanya melibatkan keluarga serta rakan terdekat.

Pada Januari tahun ini, satu majlis berinai secara besar-besaran dan mewah telah diadakan. Sehari selepas majlis berinai itu, kedua-dua pasangan mengadakan majlis pertunangan pula.

Pelakon terkenal Bollywood seperti Aishwarya Rai Bachchan, Deepika Padukone dan Ranveer Singh merupakan antara senarai jemputan majlis tersebut.

Kira-kira dua bulan kemudian, keluarga konglomerat ini mengadakan majlis praperkahwinan secara besar-besaran.

Majlis mewah ini menyaksikan persembahan daripada pelakon terkenal India, Salman Khan, Ram Charan, Shah Rukh Khan dan Aamir Khan.

Pada malamnya pula, para jemputan dihiburkan dengan persembahan penyanyi dan pengasas barangan kosmetik Fenty Beauty, Rihanna.

Penyanyi terkenal dari Amerika Syarikat itu dikatakan menerima bayaran USD 8 juta untuk mempersembahkan 19 buah lagu pada malam berkenaan.

Anant dan Radhika turut sempat mengadakan aktiviti pelayaran ke seluruh Eropah termasuk membawa lebih 1,000 orang tetamu bersama-sama.

Anant turut mengadakan jamuan makan kepada lebih 51,000 penduduk kampung sekitar Jamnagar selama beberapa hari sepanjang majlis praperkahwinannya berlangsung.

Keluarga Ambani sememangnya terkenal sering mengadakan majlis jamuan makan secara besar-besaran sebelum ini.

Misalnya ketika pandemik, Yayasan Reliance di bawah kelolaan isteri Mukesh, Nita telah menjalankan aktiviti agihan makanan skala besar di seluruh India.

BACA: Suami Ditahan, Tergamak Cekik Leher & Bunuh Isteri Tengah Sarat Hamil 8 Bulan

Sumber: Times Now News, CNN, AFP