Siakap Keli
pak ndak sakat anak buah
Kredit: Mohd Suffian Nor Azmi via TikTok

Drama Air Mata, Pak Ndak Sakat Anak Buah ‘Anak Kutip’ Jumpa Di Tong Sampah Sampai Meraung

Drama Air Mata, Pak Ndak Sakat Anak Buah ‘Anak Kutip’ Jumpa Di Tong Sampah Sampai Meraung

Dalam setiap keluarga, pasti ada seseorang yang kita panggil ‘Pak Cik’, yang biasanya merupakan adik-beradik kepada ayah atau ibu kita.

Sosok ini sering kelihatan serius dan garang, tetapi sebenarnya di sebalik wajah tegas itu, tersembunyi sisi lain yang kadang-kadang membuat kita ‘sakit hati’.

Seperti yang kita ketahui, bergurau senda dan bermanja adalah cara kita menunjukkan kasih sayang dan mempererat hubungan antara keluarga.

Namun, sering kali sosok bernama ‘Pak Cik’ ini mempunyai cara unik tersendiri dalam bab menyakat, terutamanya menyakat anak buah yang masih kecil.

Baru-baru ini, sebuah video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, Mohd Suffian Nor Azmi, berjaya mencuri perhatian warga maya dengan gelagatnya menyakat anak buah sendiri sampai meraung dan menangis.

@suffie9

Bersarapan pagi dengan nasi goreng dan air mata.

♬ original sound – Pian – Pian

“Bersarapan pagi dengan nasi goreng dan air mata,” tulis Suffian, yang lebih mesra dipanggil ‘Pak Ndak’ oleh anak buahnya.

Dalam video yang kini melebihi 1 juta jumlah tontonan itu, Suffian menyakat anak buahnya dengan mangatakan bahawa anak buahnya ialah ‘anak kutip’ yang dijumpai di tong sampah.

“Betapa sayangnya kita dekat orang luar, dekat anak kutip, anak kutip makan lebih daripada kita. Anak kutip dah gemuk.

“Jangan takutlah, kita sayang ja. Kita tak pernah anggap pun jumpa adik dekat tong sampah,” katanya dalam video itu.

Tidak cukup dengan itu, terdengar bunyi tangisan semakin kuat apabila Suffian mendendangkan lagu sedih popular, “Namun Ku Punya Hati” oleh Kumpulan Iklim, yang ditukar sedikit lirik asalnya.

“Tidak kuminta lahir ke dunia, tidak kuduga dikutip begini…”, nyanyi Suffian mendayu, ‘menambah minyak dalam api’.

Pak Ndak ‘juara sakat’ anak buah

“Apa yang susah sangat nak terima? Pak Ndak siap nyanyi lagi untuk adik, betapa sayangnya Pak Ndak dekat adik.

“Kutip tak kutip sama ja, makan cukup kan? Lebih kan?” tambahnya lagi dengan muka ‘cool’, menahan tawa.

Sepanjang video tersebut, terdengar suara seorang kanak-kanak dipercayai anak buahnya yang berusia lima tahun, menangis sedih, mungkin mengenangkan nasib dirinya sebagai ‘anak kutip’ yang dijumpai di tong sampah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur dengan gelagat Pak Ndak yang menyakat anak buahnya itu.

Gurauan itu mungkin kedengaran ‘kasar’, tetapi inilah yang sebenarnya akan menjadi kenangan manis dan sebutan apabila anak itu meningkat dewasa kelak.

Mungkin juga, suatu hari nanti, dia akan mempunyai peluang untuk ‘membalas dendam’ dengan menyakat anak buahnya pula.

BACA: Fasih Bertutur Dalam Bahasa Thailand, Bront Palarae Buat Peminat Kagum

Sumber: Mohd Suffian Nor Azmi via TikTok

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.