Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KUALA LUMPUR, 5 Julai 2024 —Pasangan pasukan suami isteri dari Selangor muncul juara MR D.I.Y. Kejohanan ‘Bounce & Bingo 2.0’ membawa pulang wang tunai RM10,000.
Selepas pertempuran sengit selama dua jam membabitkan bola ping pong dan bingo, Mohd Khairul Anuar dan Nur Ikmal dari Selangor muncul sebagai juara, menewaskan 15 pasukan lain dari seluruh Malaysia untuk merangkul kejuaraan yang diidamkan.
Kedua-duanya berjaya mengatasi pasukan Johor pada pusingan pertama, pasukan Kelantan pada suku akhir, dan pasukan Putrajaya pada separuh akhir sebelum memastikan kejuaraan menentang Sarawak dengan bingo terbentuk dalam masa 12 saat sahaja.
Menzahirkan rasa teruja, Mohd Khairul Anuar dan Nur Ikmal berkata, “Ini merupakan tahun kedua kami menyertai ‘Kejohanan Bounce & Bingo.’ Seperti biasa, pada awalnya, kami gementar, tetapi menjadi lebih tenang setelah kami mendapat momentum dan selepas beberapa pusingan.
Kami tidak sangka akan menang lagi. Pada 2023, kami mendapat tempat ketiga, dan pada 2024, kami menjadi juara. Dan lebih hebat lagi kerana kami memenangi hadiah tambahan sebagai pasukan yang mencatat rekod terpantas.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga kami atas sokongan mereka, dan terima kasih yang tidak terhingga kepada MR D.I.Y. kerana menganjurkan ‘Bounce & Bingo’ sekali lagi. Dengan kemenangan ini, kami tidak sabar untuk pergi membeli-belah di MR D.I.Y. untuk mengubahsuai rumah kami!”
Kejohanan permainan peringkat kebangsaan ini menawarkan hadiah menarik bernilai sehingga RM30,000 termasuk wang tunai, baucar tunai, trofi dan pingat. Selaku juara kejohanan ‘Bounce & Bingo 2.0’ MR D.I.Y., Mohd Khairul Anuar dan Nur Ikmal yang mewakili Selangor membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Selain itu, pasangan itu juga turut menerima RM5,000 kerana mencatat masa terpantas untuk membentuk bingo semasa peringkat akhir. Ia merupakan kategori hadiah baharu yang diperkenalkan oleh peruncit.
Tempat kedua atau naib juara, pasukan dari Sarawak—Eric Ting dan Joanne Kong— turut membawa pulang wang tunai RM5,000 dan trofi. Tempat ketiga, pasangan suami isteri dari Kelantan, Mohamad Rashidi Che Musa, dan Nur Diana Sharatan Azlim, menerima wang tunai RM3,000 berserta trofi.
Kejohanan itu turut menganugerahkan hadiah saguhati bernilai RM500 dalam bentuk baucar tunai setiap satu kepada 13 pasukan lain dari Melaka, Perak, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis, Sabah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Pahang, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan .
Mengulas mengenai kejohanan yang diadakan di MR D.I.Y. PLUS, Mid Valley Megamall pada 29 Jun 2024, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. , Alex Goh, berkata, “Ini adalah tahun kedua MR D.I.Y. menganjurkan ‘Bounce & Bingo’, dan sambutannya amat positif dengan lebih 8,000 penyertaan dalam tempoh dua hari kejohanan itu.
Sebagai penganjur, kami berbangga kerana kejohanan ini telah menarik ramai rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang dan terharu dengan sokongan mereka. Kesemua finalis kita hari ini telah menunjukkan semangat kesukanan yang sangat baik.
Walaupun ada yang telah menyertai kejohanan ini tahun lepas dan mempunyai pengalaman, mereka bukan sahaja membimbing malah memberi motivasi kepada pendatang baru. Kami berbangga dengan mereka. Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih, rakyat Malaysia, kerana bermain ‘Bounce & Bingo 2.0’.
Untuk menjadikannya lebih menarik, kami memperkenalkan hadiah rekod terpantas untuk finalis akhir serta cabutan bertuah ganjaran berganda untuk penonton.
Secara keseluruhannya, kami ingin menjadikan lawatan para pelanggan kami ke MR D.I.Y. lebih menyeronokkan dan sukar dilupakan, supaya boleh memberi lebih nilai kepada kehidupan mereka. Kita jumpa lagi tahun depan”, kata Goh.
‘Bounce & Bingo’ ialah inisiatif kejohanan permainan MR D.I.Y. yang pertama. Diinspirasikan oleh permainan viral, ia adalah permainan yang mudah dimainkan tetapi memerlukan kerja berpasukan, kemahiran dan tuah untuk menang.
Permainan ini bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk bekerjasama bergembira, dan berseronok bermain permainan yang mudah dan sambil berpeluang memenangi hadiah lumayan.
Peringkat Pertama kejohanan telah diadakan antara 7 hingga 9 Jun 2024 di 100 cawangan MR D.I.Y. terpilih di seluruh Malaysia, dan telah menarik seramai 8,014 peserta. Peringkat Kedua, Peringkat Akhir, berlangsung di MR D.I.Y. PLUS Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, pada 29 Jun 2024.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kejohanan Permainan MR D.I.Y.: Bounce & Bingo, layari laman web mrdiy.com, dan halaman media sosial, Facebook, Instagram, dan TikTok.