“Raja Sageuk”, Lee Joon Gi Datang Malaysia 22 September Ini, Tiket Dijual Bermula 26 Julai
Pelakon popular Korea, Lee Joon Gi, bakal ‘menceriakan’ peminatnya di Malaysia pada bulan September ini sebagai sebahagian daripada siri jelajahnya, menurut laporan Astro Gempak.
2024 Lee Joon Gi Asia Tour atau Jelajah Asia Lee Joon Gi 2024 yang dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment dengan Sliding Doors Entertainment sebagai penganjur bersama, dijangka bakal menarik minat ramai.
Difahamkan, tiket untuk bertemu dengan Lee Joon Gi akan mula dijual pada Jumaat, 26 Julai 2024, pada pukul 12 tengah hari melalui laman web www.ticketingtix.com. Setiap pembelian tiket akan dikenakan yuran pemprosesan sebanyak RM4.
Peminat yang bertuah akan berpeluang bertemu dengan Lee Joon Gi di Mega Star Arena pada pukul 6 petang sewaktu jelajah tersebut.

Harga Tiket
- Zon VIP: RM798 – Faedah: Poster Ditandatangani Joon Gi untuk 23 peminat, Poster Bertandatangan untuk 80 peminat, Gambar Peribadi (1:1) untuk 30 peminat, Gambar Berkumpulan (20:1) untuk 280 peminat, Soundcheck dan Sesi Selamat Tinggal.
- CAT 1: RM668 – Faedah: Poster Bertandatangan untuk 70 peminat, Gambar Berkumpulan (20:1) untuk 20 peminat, Sesi Selamat Tinggal.
- CAT 2: RM538 – Faedah: Sesi Selamat Tinggal.
- CAT 3: RM358 – Faedah: Sesi Selamat Tinggal.
Untuk maklumat lanjut mengenai jelajah ini, anda boleh melayari akaun Instagram dan Facebook Lo-Fi Entertainment.
Karier Lee Joon Gi

Lee Joon Gi memulakan karier seninya sebagai model sebelum diberikan peluang berlakon sebagai watak sampingan.
Namanya mula dikenali selepas membintangi filem “The King and the Clown”, diikuti oleh siri romantik komedi “My Girl” yang melonjakkan namanya ke puncak populariti.
Tidak hanya itu, kerana kerap melakonkan watak utama dalam drama bersejarah, Joon Gi digelar sebagai ‘Raja Sageuk’ atau ‘Raja Drama Bersejarah’.
Antara drama yang pernah dibintanginya termasuklah “Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo”, “Scholar Who Walks the Night”, “Arang and the Magistrate” dan “Iljimae”.
Selain daripada drama Korea, Joon Gi juga pernah muncul dalam filem Hollywood seperti “Resident Evil: The Final Chapter” dan telah memenangi pelbagai anugerah atas bakat dan dedikasinya dalam dunia lakonan.
BACA: Tiket Konsert “Sold Out”, Penyanyi Mandopop Tempa Nama Hingga Luar Negara
BACA: Terumbu Karang Haiwan Atau Tumbuhan? Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu
BACA: Tiket Konsert Siti Nurhaliza Laku Keras, “Sold Out” Dalam Tempoh Dua Jam
Sumber: Astro Gempak