Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: Shahariza Shah Abu Bakar via Facebook

Kecur Air Liur, Ini Resipi Salad Timun Sedap & Senang Buat

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Kecur Air Liur, Ini Resipi Salad Timun Sedap & Senang Buat

Sayur-sayuran yang dimakan secara segar bukan sahaja membuka selera, malah menyegarkan badan serta memberi kesan kenyang yang lebih lama.

Anda teringin nak makan salad ala-ala menu ringan barat tetapi tak tahan rasa payau sayur? Jangan risau. Kali ini SK ingin kongsikan kepada anda resipi dari salah seorang pengguna laman Facebook, Shahariza Shah Abu Bakar yang menghasilkan salad tersebut.

Bahan-bahan resipi salad timun

Bagi menyediakan salad timun ini, anda hanya perlukan beberapa bahan yang mudah didapati di mana-mana kedai runcit.

Dapatkan timun jepun paling segar supaya salad anda nampak cantik dan menyelerakan, yogurt asli, garam, serbuk bawang putih, chilli sprinkle atau boleh guna emping cili, lemon, lada sulah dan herba campur.

Herba campur ni apa pula ya?

Gambar: Shahariza Shah Abu Bakar via Facebook

Untuk pengetahuan anda, herba campur ni boleh saja dibuat sendiri jika anda ada lebihan bahan dari masakan sebelum ini. Antara herba yang biasa diletakkan di dalam herba campur ialah kepingan kering daun basil, oregano, rosemary, pasli dan majoram.

BACA: Durian Brûlée: Pemanis Mulut ‘Teatime’ Ala Paris

Cara buat salad timun

Pertama sekali, uji kecekapan anda di dapur dengan menghiris timun senipis mungkin. Atau sebenarnya anda boleh sahaja gunakan pengupas kulit atau penyagat bagi memudahkan kerja anda.

Jadikan hirisan timun panjang-panjang seperti di dalam gambar di bawah ini.

salad timun
Gambar: Shahariza Shah Abu Bakar via Facebook

Kemudian, campurkan timun tadi dengan yogurt asli. Bagi tiga batang timun, anda disarankan guna empat sudu besar yogurt. Jangan banyak sangat, nanti salad jadi terlebih masam.

BACA: “Jangan Gabungkan Makanan..,” Doktor Ini Kongsi Langkah Rawat & Cegah Mabuk Durian

Taburkan garam, herba campur, serbuk bawang putih, serbuk lada sulah dan chilli sprinkle. Tiada sukatan untuk kesemua bahan ini, jadi anda boleh letak mengikut citarasa masing-masing.

herba salad timun
Gambar: Shahariza Shah Abu Bakar via Facebook

Kalau nak salad anda tu pedas mengikut lidah orang nogori, boleh saja lebihkan chilli sprinkle.

lemon resipi salad timun
Gambar: Shahariza Shah Abu Bakar via Facebook

Setelah itu, perahkan satu hirisan lemon. Walaupun yogurt tadi memberi rasa masam, namun kehadiran aroma lemon akan buatkan salad anda lebih menyelerakan.

BACA: Leka Kupas Kubis, Cara Unik Bapa Elak Anak Meragam Curi Tumpuan Ramai

Kemudian, gaul kesemua bahan tadi hingga sebati dan siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba dan selamat menyihatkan badan.

Sumber: Shahariza Shah Abu Bakar via Facebook