Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
mak lang terperangkap dalam lift
Kredit: zrwoon via TikTok

Mak Lang ‘Terperangkap’ Dalam Lift, Anak Buah Menangis Sambil Berlari Minta Tolong

Hannah

Mak Lang ‘Terperangkap’ Dalam Lift, Anak Buah Menangis Sambil Berlari Minta Tolong

Tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan ini sebenarnya penuh dengan situasi berisiko, yang kadang-kadang berlaku tanpa kita sedari.

Walau kita sering kali berpegang teguh kepada prinsip ‘keselamatan adalah keutamaan’, bahaya tetap boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa mengira tempat.

Salah satu detik cemas yang boleh dikatakan mengerikan bagi sesetengah individu antaranya adalah apabila ‘terperangkap’ dalam lift. Terkurung dalam peti besi itu pastinya bukan suatu pengalaman yang luar biasa.

Lebih-lebih lagi apabila kita sering disajikan dengan ‘scene’ mengerikan ia jatuh tiba-tiba dan boleh meragut nyawa dalam kebanyakan drama atau movie.

Baru-baru ini, seorang wanita dipercayai telah terperangkap dalam lift di sebuah pangsapuri setelah pulang dari menjemput anak buahnya di sekolah.

Video ini dikongsikan menerusi akaun TikTok @zrwoon.

“Kisah hari ini Alam tersangkut dalam lift. Nasib baik Iman selamat keluar dulu.

“Trauma dia sorang-sorang jadi saksi Alam tersepit dan tersangkut dalam lift,” tulis wanita dalam hantaran itu yang dipercayai ibu kepada Iman, dan saudara kepada wanita yang tersangkut dalam lift.

Video itu jelas memperlihatkan pintu sebuah lift yang hampir tertutup sepenuhnya telah ditahan dengan bekas makanan berwarna merah jambu.

Terdapat juga seorang kanak-kanak lelaki bernama ‘Iman’ kelihatan antara celah pintu lift itu yang wajahnya kelihatan sangat cemas dan takut.

Difahamkan, selepas Iman keluar dari lift terbabit, pintu lift tiba-tiba tertutup menyebabkan Mak Lang yang mesra dipanggilnya sebagai ‘Alam’ terperangkap dalam lift itu.

Wanita berkenaan kemudiannya terpaksa menggunakan bekas makanan untuk menahan pintu lift daripada tertutup sepenuhnya.

Tindakan tersebut menyebabkan jari wanita itu tersepit antara bekas makanan dan pintu lift, namun dia berjaya menarik jarinya kembali.

“Iman sebelum ini memang takut kalau lift rosak. Sekarang, kena depan mata dia, memang dia trauma”

Video yang dipercayai dirakam oleh Mak Lang itu menunjukkan Iman menangis sambil dipercayai berlari hingga ke hujung blok untuk meminta bantuan.

Dalam keadaan cemas, dia juga sempat melihat keadaan Mak Langnya dan berulang kali meminta Mak Langnya untuk menekan bell kecemasan.

Kerana risau sekiranya berlaku apa-apa terhadap anak buahnya, Mak Lang menjerit memanggil Iman dan memintanya untuk menunggu bantuan tiba.

Iman kemudiannya terus-menerus meminta Mak Lang menekan button untuk membuka pintu lift tetapi ianya tidak berfungsi.

Mak Lang juga telah membunyikan bell kecemasan tetapi tiada yang mendengarnya ketika itu walau sudah lebih lima minit mereka menunggu.

“Tolong!!” – Terdengar juga suara anak kecil itu menjerit untuk mendapatkan bantuan.

Tidak lama kemudian, ibu kepada Iman tiba dan menghubungi 999 untuk meminta bantuan daripada pihak bomba.

BACA: Nak Bersara Awal, Lelaki Berjimat 21 Tahun Berjaya Kumpul RM4 Juta

BACA: Kenapa Filem Pecah Panggung Dipanggil “Blockbuster”? Ini Jawapannya

BACA: “Kami dulu buat kotak pensel ja,” – Video Pelajar Buat ‘Perabot Pelbagai Fungsi’ Raih Pujian

Sumber: zrwoon via TikTok