Siakap Keli

Pelajar Maut, Digilis Kenderaan Selepas Motosikal Langgar Jalan Berlubang

Pelajar Maut, Digilis Kenderaan Selepas Motosikal Langgar Jalan Berlubang

Seorang pelajar dilaporkan maut apabila motosikal yang dinaiki hilang kawalan selepas melanggar lubang sebelum digilis sebuah kereta.

Kejadian berkenaan berlaku di Jalan Ipoh-Lumut, kira-kira 1.05 petang pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kejadian itu melibatkan mangsa berusia 18 tahun yang menunggang motosikal dan seorang wanita berusia 40 tahun yang memandu kereta.

Mangsa sedang menuju ke Batu Gajah ketika kejadian

Tambahnya, hasil siasatan awal mendapati bahawa mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 sedang menuju ke Batu Gajah dari Ipoh ketika kemalangan terbabit berlaku.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa telah terlanggar lubang di bahu kiri jalan kemudian hilang kawalan dan melanggar fender kiri hadapan sebuah kereta yang dipandu seorang wanita warga tempatan di laluan sama.

“Mangsa kemudian terjatuh di atas jalan dan dipercayai telah digilis kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Cedera parah di bahagian paha kanan dan dalaman

Ujar Abang Zainal Abidin lagi, mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Batu Gajah bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian paha kanan dan kecederaan dalaman bagaimanapun disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital tersebut.

Sementara itu, pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan

“Sehubungan itu, pihak polis meminta bantuan orang ramai yang menyaksikan kejadian kemalangan itu tampil bagi membantu siasatan,”  katanya lagi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Ipoh Inspektor Muhammad Syafiq Fauze di talian 013-6713177.

Saksi yang melihat kejadian itu berlaku juga diminta tampil ke balai polis berhampiran.

BACA: Olimpiad Matematik Antarabangsa: 6 Pelajar Harumkan Nama Negara, Malaysia Catat Kedudukan Kedua Antara ASEAN

Sumber: Polis Daerah Ipoh

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: