Pelik, Kenapa Lampu Bedah Tiada Bayang? Ini Jawapannya
Jika anda mengambil mata pelajaran sains sejak sekolah rendah, tentunya anda sudah memahami konsep bayang-bayang tercipta.
Bayang-bayang kebiasaannya terhasil dari cahaya yang menyinari sesuatu objek. Panjang dan saiz bayang-bayang itu bergantung pada jarak dan kedudukan cahaya dari objek.
Misalnya jika anda berdiri bawah matahari pada tengahari, tentunya anda menyedari bayang-bayang berada di bawah anda. Sebaliknya pada sebelah pagi dan petang, bayang-bayang lebih panjang daripada kita (objek).
Namun, pernahkah anda terfikir mengapa lampu bedah yang digunakan oleh doktor tidak mempunyai sebarang bayang-bayang?
Menarik bukan? Lebih-lebih lagi proses pembedahan kadangkala mengambil waktu berjam-jam untuk selesai. Justeru, timbul persoalan bagaimana lampu bedah ini tidak menghasilkan bayang-bayang.
Oleh itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Pakar Bedah Bariatrik, Dr Gafoor yang juga seorang pempengaruh di aplikasi TikTok.

Menerusi akaun TikTok miliknya @drgafoor atau lebih dikenali sebagai CEO of OK, menerangkan mengapa lampu yang digunakan oleh pakar bedah tiada bayang.
“Jadi kalau ada (bayang-bayang), dia kalau kena pada kawasan pembedahan (bayang-bayang) kita mungkin tidak nampak dengan jelas.
“Jadi lampu pembedahan sangat penting, harga sangat mahal (beratus-ratus ribu ringgit) satu lampu,” ujarnya dalam klip itu.
BACA: Kalau Darah Merah, Kenapa Urat Bawah Kulit Kelihatan Warna Biru? Ini Jawapannya
Tambahnya, sebab bayang-bayang tiada pada lampu ini adalah mentol yang digunakan adalah berbeza-beza termasuk berfrekuansi cahaya yang berbeza.
Disebabkan itu, ia memfokuskan cahaya secara berbeza kepada satu tempat sahaja. Secara tidak langsung tiada bayang-bayang terhasil daripada lampu ini.
“Oleh sebab itu, kita boleh membuat pembedahan dengan terperinci dan kita boleh membuat potongan dengan sangat halus, dengan sangat tepat supaya keputusan pembedahan pun bagus,” jelasnya lagi.
Tonton video di bawah untuk lebih penjelasan. Semoga bermanfaat.
@drgafoor Replying to @zanqnx cheq oii soalan ni lain dari lain nohh tapi menarik untuk dijawab🫢 Hampa bayang kalau ada shadow susah oooo doktor doktor pakat nak buat kerja depaa satgi silap masuk tempat pulakk haaaaa nayaaaaaaaa🥶 #fyp #drg #viralpenang
Sumber: TikTok @drgafoor