Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
punat brek tangan
Gambar: TikTok @altimatautogarage

Perlu Ke Tekan Punat Masa Tarik Brek Tangan? Ini Yang Anda Kena Tahu

Iqbal Yasir

Perlu Ke Tekan Punat Masa Tarik Brek Tangan? Ini Yang Anda Kena Tahu

Seperti yang diketahui, setiap kenderaan dibekalkan dengan dua brek iaitu brek kaki dan brek tangan atau ‘Handbrake’.

Kedua-dua brek ini mempunyai fungsi tersendiri, misalnya brek kaki berfungsi untuk mengawal kelajuan atau memberhentikan kereta jika berlaku kecemasan.

Bagi brek tangan pula, ia berfungsi untuk mengunci pergerakan kereta ketika meletakkan kenderaan.

Namun perasan atau tidak, setiap kali menurunkan brek tangan, kita perlu memicit satu tombol atau punat kecil barulah brek tangan akan dilepaskan.

Manakala ketika ingin mengunci pergerakan kereta, ada sesetengah pemandu hanya terus menarik brek tangan ke atas. Ada juga menekan tombol terlebih dahulu barulah menariknya ke atas.

Oleh itu, timbul persoalan cara yang betul ketika menarik brek tangan dan adakah kedua-dua cara itu boleh memberikan kesan buruk kepada brek kereta?

Gambar: TikTok @altimatautogarage

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari ikuti perkongsian TikTok @altimatautogarage di bawah.

Dalam klip tersebut, seorang lelaki memberitahu brek tangan kereta dilengkapi dengan satu mekanisme yang mudah saat menarik tuil brek itu.

“Bila korang tarik tuil handbrake, sebenarnya korang tarik satu kabel. Kabel tu dia bersambung terus dengan brek kereta kita.

“Jadi, apabila korang tarik tuil, maknanya korang tarik kabel,” ujarnya dalam klip berkenaan.

Bagaimana handbrake berfungsi?

Perlu Tombol Handbrake
Gambar: TikTok @altimatautogarage

Tambahnya, secara ringkas brek tangan menggunakan sistem brek yang dipanggil Rachet Mechanism. Ia berfungsi untuk mengunci pergerakan kereta lebih-lebih lagi di kawasan yang tidak rata.

Di dalam brek ini, ia mempunyai roda yang bergigi yang berputar pada satu arah. Selain itu, terdapat satu lagi besi yang dinamakan pawl.

BACA: Kenapa Plat Kereta di Perak bermula huruf “A” ? Ini Sebabnya

“Butang ini (handbrake) untuk mengangkat pawl. Kalau kita tarik handbrake ini tanpa tekan butang. Pawl itu akan kena pada gigi-gigi roda. Sebab itulah masa kita tarik handbrake, kita akan dengar bunyi (klik).

“Bunyi itu adalah bunyi pawl masuk gigi-gigi roda, dan pawl ini dia akan kunci brek kita supaya tak lepas.

“Jadi, bila kita tekan butang ini sebenarnya kita angkat pawl itulah untuk dia keluar daripada gigi-gigi roda itu. Barulah dia tak kunci dan boleh turunkan tuil handbrake,” jelasnya lagi.

Ada kesan buruk ke kalau tak tekan butang brek ketika tarik brek?

Gambar: TikTok @altimatautogarage

Jawapannya adalah tidak. Hal ini kerana besi yang digunakan untuk brek tangan ini sememangnya direka khas untuk berfungsi seperti itu.

Oleh itu, jika anda tidak menekan butang ketika menarik brek tangan ke atas tidak menjadi masalah walaupun kedengaran bunyi pawl bersentuhan dengan gigi-gigi roda.

Semoga bermanfaat.

Sumber: TikTok @altimatautogarage

BACA JUGA: Kenapa Kereta Elektrik Tak Boleh Cas Sambil Memandu? Ini Jawab Dr Aid Fawzal