Empayar: The Melaka Chronicles, “Mobile Game” Buatan Malaysia Kini Boleh Dimuat Turun
Melaka merupakan sebuah negeri yang amat terkenal dengan kekayaan sejarah dan menjadi antara destinasi pelancongan utama di Malaysia.
Seperti yang semua sedia maklum, kedudukan strategik Melaka di kawasan selat menyaksikan sebuah kerajaan agung, Kesultanan Melayu Melaka pernah berdiri di situ ratusan tahun yang lalu.
Terkenal dengan aktiviti maritim dan perdagangan, Melaka ketika itu menjadi destinasi tumpuan pedagang dari seluruh dunia seperti dari Timur Tengah, China dan India.
Pelbagai produk terutamaya rempah ratus, emas dan sutera yang dibawa dari serata tempat didagangkan di pelabuhan kerajaan itu.
Permainan mudah alih buatan Malaysia, “Empayar: The Melaka Chronicles” diperkenal, sudah boleh dimuat turun
Siapa sangka, keagungan kerajaan tersebut turut menjadi inspirasi kepada penghasilan sebuah permainan mudah alih buatan Malaysia.
Menurut Wiser.my, permainan berkonsepkan dunia terbuka dan genre RPG bernama Empayar: The Melaka Chronicle itu dibangunkan oleh Universe Interactive Sdn Bhd.
Syarikat berkenaan turut mendapat kerjasama daripada Illogical Sdn. Bhd., Studio Kembara dan Luncai Emas.
Permainan tersebut menawarkan pengalaman mirip seperti bermain Assassin’s Creed dan peluang untuk meneroka Kota Melaka pada zaman emasnya.
BACA: Hari Malaysia & Maulidur Rasul Bertindih 16 September Ini, Tiada Cuti Ganti Akan Diberikan
Ia mengetengahkan Andika selaku karakter utama yang merupakan seorang pahlawan yang bertanggungjawab menjaga keamanan Kota Melaka daripada ancaman dalam mahupun luar.
Menariknya, permainan yang dibangunkan oleh 100 peratus tenaga tempatan ini turut mendapatkan khidmat Dato’ M. Nasir untuk lagu tema rasminya.
Difahamkan, Empayar: The Melaka Chronicles sudah pun tersedia untuk dimuat turun untuk kedua-dua platform, Android dan IOS.
Anda boleh memuat turun permainan tersebut melalui pautan di bawah:
Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details…
Apple App Store: https://apps.apple.com/…/empayar-the…/id6504278170
BACA: Lelaki Dipercayai Alami Depresi Bunuh Ayah Sendiri, Marah Tak Dibeli PS & Tolong Carikan Kerja