Siakap Keli
Tiada Cuti Gantian
Kredit: Bernama

Hari Malaysia & Maulidur Rasul Bertindih 16 September Ini, Tiada Cuti Ganti Akan Diberikan

 Hari Malaysia & Maulidur Rasul Bertindih 16 September Ini, Tiada Cuti Ganti Akan Diberikan

Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, Malaysia memang diketahui memperuntukkan cuti umum sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri untuk sambutan tertentu.

Misalnya, cuti umum akan disediakan setiap kali perayaan Aidilfitri, Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Krismas, Hari Wesak dan Hari Gawai tiba.

Selain itu, kita juga ada cuti-cuti umum yang diperuntukkan sempena tarikh-tarikh penting bagi umat Islam seperti cuti Awam Muharam dan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul).

Cuti umum juga akan diberikan sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Hari Malaysia & Maulidur Rasul jatuh tarikh yang sama, tiada cuti ganti diberikan

Bagaimanapun untuk tahun ini, ada dua cuti umum yang jatuh pada tarikh yang sama iaitu Hari Malaysia dan Maulidur Rasul.

Lalu timbul pertanyaan dalam kalangan rakyat Malaysia, apabila dua cuti jatuh pada tarikh yang sama, adakah cuti tambahan akan diberikan?

Namun anda mungkin sedikit hampa kerana tiada cuti ganti tambahan akan diberikan susulan pertindihan kedua-dua cuti umum tersebut yang jatuh pada tarikh yang sama, 16 September ini.

Menurut Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan menjelaskan, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] tidak memperuntukkan cuti gantian secara automatik apabila dua cuti umum jatuh pada hari bekerja.

Namun kerajaan boleh tetapkan hari kelepas am pada hari lain, sekiranya perlu

Susulan itu, tiada cuti gantian secara automatik akan diberikan pada hari bekerja berikutnya iaitu pada Selasa, 17 September 2024.

“Meskipun demikian, Kerajaan Malaysia boleh menetapkan suatu hari lain untuk diterima sebagai hari kelepasan am, sekiranya perlu,” ujar kenyataan itu.BACA: Olimpiad Matematik Antarabangsa: 6 Pelajar Harumkan Nama Negara, Malaysia Catat Kedudukan Kedua Antara ASEAN

BACA: Raja Dadah Mexico, ‘El Mayo’ Zambada Ditangkap

BACA: Penganjuran Program & Penyaluran Sumbangan Sekolah – MJM Setuju Kekalkan Garis Panduan Sedia Ada

Sumber: Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan 

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.