Masih ‘Solo’ Sehingga Saat Ini, Khairul Aming Dedah Ciri-ciri Pasangan Idaman
Khairul Aming merupakan seorang pempengaruh ternama tanah air yang tidak perlu diperkenalkan lagi.
Mempunyai puluhan juta pengikut yang terkumpul di pelbagai platform media sosial menjadi tanda gerak-gerinya sentiasa menjadi perhatian orang ramai.
Salah satu persoalan yang sering ditanya dan perlu dijawab oleh personaliti ini tentunya berkenaan hubungan percintaan dan rancangan untuk berumah tangga.
Bagaimanapun menerusi perkongsian oleh @astrogempak di TikTok, pengusaha Sambal Nyet itu mengesahkan statusnya yang masih lagi solo.
Ia susulan tularnya satu video berkenaan kehidupannya yang masih bujang hingga ke saat ini.
“Saya dan kawan buat video itu for fun sahaja tapi DM saya penuh hari ini apabila orang hantar lamaran nak ajak kahwin. Saya nak ucap terima kasih tapi tak mampu nak balas semua lah,” katanya kepada @astrogempak.
Ciri-ciri pasangan idaman Khairul Aming
“Nak kata tengah mencari, kalau ada rezeki ada lah tetapi saya tengah sibuk berniaga sekarang, Duit kahwin insya-Allah ada, tapi duit perniagaan ni kena teruskan mencari sebab ramai staf kena jaga,” ujarnya.
Ketika disoal mengenai ciri-ciri pasangan yang diingini, Khairul Aming memberitahu dia mahukan pasangan yang serasi dengannya.
“Ketentuan Tuhan, kita terima je seadanya. Yang penting boleh get along. Memahami kerja dan karier saya. Orang kata sefahaman, jadi tak ada masalah la,” katanya lagi.
Video berkenaan dibanjiri komen dari wargamaya
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok mengambil ‘kesempatan’ dan berseloroh memperkenalkan diri masing-masing untuk dijadikan calon isterinya.
Bukan itu sahaja, ada segelintir individu turut mempromosikan rakan-rakan dan adik beradik menerusi ruangan komen @astrogempak.
“Hai Khairul Aming, saya seorang yang pandai makan. Padan lah dengan awak yang pandai masak,” komen seorang wargamaya.
“Semua ciri tu ada kat saya tapi sayang saya lelaki,” gurau seorang lagi wargamaya.
Terdahulu, tular video memaparkan Khairul Aming yang mengakui dirinya masih solo dan meminta agar rakannya mencarikan calon isteri.
Video berkenaan pantas menjadi viral dan berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia.
BACA: Polis Sandakan Kesan Tiga Lelaki Bantu Siasatan Kes Mayat Ditemui Di Ladang
@astrogempak GempakNews: Korang ada ciri-ciri tu tak? hahaha boleh lah cuba try test 😜 Klik link untuk artikel penuh!
Sumber: Astro Gempak