Siakap Keli
tersilap sebut korea selatan
Gambar: Dimitar Dilkoff/AFP

Tersilap Sebut Kontinjen Korea Selatan Sebagai Korea Utara, IOC Mohon Maaf

Tersilap Sebut Kontinjen Korea Selatan Sebagai Korea Utara, IOC Mohon Maaf

Paris — Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memohon maaf atas kesilapan memperkenalkan kontinjen Korea Selatan sebagai Korea Utara ketika Majlis Perasmian Sukan Olimpik 2024, lapor AFP.

Kontinjen negara Korea Selatan telah diperkenalkan dengan nama rasmi Korea Utara di dalam bahasa Perancis, “Republique populaire democratique de
Coree” dan “Democratic People’s Republic of Korea” dalam bahasa Inggeris.

“Kami memohon maaf atas kesilapan yang berlaku apabila memperkenalkan pasukan Korea Selatan ketika siaran temasya perasmian,” kata IOC dalam sebuah hantaran di platform X.

https://x.com/Olympic/status/1816968709589622860

Tersilap umum nama negara, warga Korea Selatan berang

Kesilapan tersebut membangkitkan kemarahan warga Korea Selatan yang ketika ini masih bermusuhan dengan negara pemilik senjata nuklear itu.

BACA: Olimpik Paris Buka Tirai, Kontinjen Negara Segak & Anggun Dengan Persalinan ‘The Malaya’

Dalam pada itu, Menteri Sukan Korea Selatan telah meluahkan kekecewaan melalui satu kenyataan.

Timbalan Kedua Menteri Sukan negara itu, Jang Mi-ran, yang juga juara angkat berat Olimpik 2008, telah membuat permohonan untuk bertemu dengan Presiden IOC, Thomas Bach bagi membincangkan situasi berkenaan.

“Jawatankuasa Kebangsaan Olimpik Korea Selatan bercadang untuk bertemu Jawatankuasa Penganjuran Olimpik Paris dan IOC bagi menyuarakan bantahan mereka, memohon tindakan untuk menghalang (kesilapan yang sama) berulang, dan menghantar surat rasmi bantahan di bawah nama ketua delegasi,” katanya.

BACA: Beg Bimbit Zico Bernilai USD 543,000 Dicuri Dalam Teksi Di Paris

Pada masa yang sama, pasukan Korea Utara diperkenalkan dengan nama rasmi negara yang betul.

Seperti yang diketahui, kedua-dua negara tersebut telah lama bermusuhan dan pernah berlakunya beberapa siri provokasi.

Terbaru, Korea Utara juga dilaporkan pernah menghantar ribuan belon berisi sampah yang merentasi sempadan Korea Selatan.

Berikutan itu, Korea Selatan bertindak memasang lagu K-Pop dan mesej anti-rejim menggunakan pembesar suara di sempadan kedua buah negara tersebut. Korea Selatan turut mengadakan latihan live-fire drills di pulau sempadan, berdekatan zon bebas tentera yang memisahkan kedua buah negara.

BACA: Karam Sejak 55 Tahun Lalu, Bangkai Kapal MV Noongah Akhirnya Ditemui

Sumber: AFP

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.