Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
ariana kejutkan bekas juara
Gambar: BERNAMA

Paris 2024: Ariana Nur Diana Hampir Kejutkan Bekas Juara Dunia

Azizah Najib

Paris 2024: Ariana Nur Diana Hampir Kejutkan Bekas Juara Dunia

PARIS, 31 Julai (Bernama) — Pemanah recurve negara Ariana Nur Diana Mohamad Zairi hampir mengejutkan juara dunia 2022 Chiara Rebagliati dari Itali dalam pusingan penyingkiran 1/32 individu wanita di Sukan Olimpik Paris 2024, sebelum tewas 5-6 melalui ‘shoot-off’.

Atlet berusia 19 tahun dalam penampilan sulungnya itu bermula dengan baik pada set pertama apabila seri 27-27 pada set pertama sebelum memenangi set kedua 25-24 untuk mendahului 3-1 di Invalides.

Ketika saingan semakin sengit di bawah cuaca panas terik mencecah 30 darjah celsius, pemanah Itali itu mula mendapatkan mata hampir sempurna untuk memenangi dua set seterusnya 28-27, 29-27 untuk mendahului 5-3.

BACA: Goh Jin Wei Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Kedua-dua pemanah memulakan set kelima dengan panahan sempurna 10-10 dan kemudiannya mencatat 9-9, tetapi Ariana Nur Diana kemudiannya berjaya melakukan panahan tepat untuk mendapat 10 manakala Rebagliati hanya peroleh 8 untuk kemenangan 29-27 bagi menyamakan kedudukan 5-5.

Dengan pemenang perlu ditentukan melalui ‘shoot-off’, pemanah Itali itu mara ke pusingan penyingkiran 1/16 selepas melakukan panahan tepat untuk mendapat 10, manakala Ariana Nur Diana melakukan 9.

BACA: Paris 2024: Ga Eun Tamatkan Cabaran Jin Wei

Mengulas prestasinya hari ini, Ariana Nur Diana berkata dia agak kecewa kerana tidak dapat memberi lebih tekanan kepada pemain Itali itu, tetapi secara keseluruhannya berpuas hati dengan prestasi dalam penampilan sulungnya di Sukan Olimpik.

“Ia lebih kepada cabaran antara saya dan pemikiran saya, dan saya telah melakukan yang lebih baik sebelum ini, walau bagaimanapun panahan saya tidak terlalu buruk kerana jurang mata agak dekat.

“Banyak pengalaman dan pengajaran yang saya dapat ambil di sini untuk memperbaiki diri saya, mana tahu ada rezeki untuk Olimpik seterusnya,” katanya.

Wakil terakhir negara dalam pertandingan itu, Nurul Azreena Mohamad Fazil dijadualkan menentang Elif Berra Gokkir dari Turki dalam satu lagi perlawanan pusingan penyingkiran 1/32, kemudian.

Semalam, harapan Syaqiera Mashayikh untuk mara ke pusingan 8 terakhir terhalang apabila tewas 5-6 kepada Ana Luiza Sliachticas Caetano dari Brazil selepas penentuan menerusi ‘shoot-off’ sejurus selepas memulakan kempennya dengan menewaskan Alexandra Mirca dari Moldova 6-0 pada pusingan penyingkiran 1/32.

BACA:

Paris 2024: Hasrat Syaqiera Tersekat Menerusi ‘Shoot-Off’

Sumber: BERNAMA