Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
pelajar politeknik juara adobe
Gambar: BERNAMA

Pelajar Politeknik Juara ‘Adobe Certified Professional World Championship 2024’

Azizah Najib

Pelajar Politeknik Juara ‘Adobe Certified Professional World Championship 2024’

PUTRAJAYA, 2 Ogos (Bernama) — Pelajar Politeknik Muadzam Shah, Pahang, menempa nama di peringkat antarabangsa apabila berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan ‘Adobe Certified Professional World Championship 2024’, yang diadakan di California, Amerika Syarikat.

Izzul Zafran Abd Razak, pelajar semester 5 Diploma Rekabentuk Grafik, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual itu menewaskan 47 peserta daripada 40 negara untuk membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai US$8,000 (RM36,170), sijil, medal dan trofi kemenangan.

Beliau menghasilkan poster bertajuk ‘Digital Skills for A Sustainable Future’ menggunakan perisian Adobe Creative Cloud dalam kejohanan dunia itu yang telah berlangsung pada 28 hingga 31 Julai lepas.

BACA: Belajar Guna Kanta Pembesar, Siti Zaharah Berjaya Lengkapkan PhD Pada Usia 82 Tahun

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud ketika ditemui Bernama berkata pihak kementerian akan memberikan penghargaan bersesuaian kepada Izzul Zafran sebagai menghargai usahanya mengharumkan nama negara.

“Saya fikir ini satu pencapaian yang amat baik dari segi akademik dan kita akan cuba cari kaedah bagaimana pelajar ini boleh berkongsi pengalaman untuk dijadikan sumber inspirasi kepada pelajar lain.

“Saya akan berbincang dengan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan kita akan mengumumkan penghargaan kepada pelajar ini,” katanya.

BACA: Berjuang Habis-Habisan, Netizen Ucap Terima Kasih & Beri Semangat Kepada Beregu Negara

Beliau berkata kejayaan Izzul Zafran wajar menjadi contoh kepada pelajar lain untuk meningkatkan prestasi masing-masing dan mengharumkan nama negara terutama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasionnal (TVET).

Pertandingan tahunan itu terbuka kepada pelajar berusia 13 hingga 22 tahun di seluruh dunia bagi membuktikan kemahiran dan kecekapan mereka menggunakan perisian Adobe Creative Cloud dalam mereka bentuk poster.

BACA: Paris 2024: Zii Jia Lengkapkan Sesi Pemanas Badan, Layak Ke Pusingan Kalah Mati

Panel juri yang terdiri daripada pakar industri reka bentuk termasuk The King’s Trust International akan menyemak projek akhir peserta dan pemenang dipilih berdasarkan daya tarikan visual, keupayaan memenuhi keperluan pelanggan dan estetika jenama serta penggunaan profesional perisian berkenaan.

Sumber: BERNAMA