Siakap Keli
filipina tuai pingat emas
Gambar: AFP

Olimpik Paris 2024: Filipina Tuai Pingat Emas Pertama Menerusi Gimnastik Lelaki

Olimpik Paris 2024: Filipina Tuai Pingat Emas Pertama Menerusi Gimnastik Lelaki

Paris — Atlet gimnastik lelaki dari Filipina, Carlos Yulo berjaya merangkul pingat emas dalam kategori senam lantai (floor exercise) di Olimpik Paris 2024 pada Sabtu, lapor AFP.

Atlet berusia 24 tahun itu dilihat menyeka air mata kegembiraan apabila kemenangannya diumumkan.

BACA: Paris 2024: Hasrat Pearly-Thinaah Bawa Pulang Pingat Tidak Kesampaian

Filipina rangkul dua emas sepanjang sejarah penyertaan Olimpik

Kemenangan ini menjadikan Filipina mengutip pingat emas kedua dalam sejarah negara itu sepanjang menyertai Sukan Olimpik setelah atlet angkat berat, Hidilyn Diaz memenangi pingat emas di Olimpik Tokyo 2020.

Ia juga menjadikan Filipina sebagai negara Asia Tenggara pertama yang mendapatkan pingat emas di Sukan Olimpik pada edisi kali ini.

Mempertahankan kedudukannya sebagai juara dunia buat kali kedua, Yulo menamatkan aksinya dengan meraih sebanyak 15.000 mata. Namun, jumlah ini tidak dapat mengatasi rekod dunia iaitu 16.133 yang dicatatkan oleh Shirai Kenzo dari Jepun di Olimpik Rio 2016, menurut ESPN.

BACA: Sungai Seine Tercemar Selepas Hujan, Latihan Triatlon Dibatalkan Lagi

Yulo berjaya mengalahkan atlet dari Israel, Artem Dolgopyat yang menerima sebanyak 14.966 mata di tempat kedua.

Sementara itu, atlet Britain, Jake Jarman menerima pingat gangsa dengan mata terkumpul 14.933. Sebelum ini, Jake mempunyai mata tertinggi ketika sesi kelayakan minggu lalu.

Yulo sebelum ini telah memberi amaran bahawa dia akan melakukan yang terbaik untuk menewaskan atlet-atlet yang lain selepas terlepas daripada menaiki podium di Tokyo.

“Saya sangat terharu dan bersyukur kerana memiliki pingat ini. Terima kasih juga kepada Tuhan kerana dia melindungi saya seperti biasa,” katanya ketika ditemubual.

Kemenangan Yulo disambut meriah rakyat Filipina di laman Facebook rasmi Suruhanjaya Sukan Filipina. Malah, netizen dari negara Asia Tenggara lain jugak turut mengucapkan tahniah atas kejayaannya.

https://www.facebook.com/psc.gov.ph/posts/pfbid02U37UgXqNxZm7uRVsJ675hALxErBUozMxMhQi8ne9344erTsSW44KqavFR26rz15wl

BACA: Romantik, Lepas Kalung Emas Di Leher, Atlet China Terima Pula Cincin Lamaran Di Jari

BACA JUGA: Kekurangan Bukan Penghalang, Wanita OKU Pendengaran & Pertuturan Capai Impian Jadi Ketua Chef

Sumber: AFP

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.