Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
atlet sarung cincin pertunangan
Gambar: Li Zexin via X

Romantik, Lepas Kalung Emas Di Leher, Atlet China Terima Pula Cincin Lamaran Di Jari

Azizah Najib

Romantik, Lepas Kalung Emas Di Leher, Atlet China Terima Pula Cincin Lamaran Di Jari

Lamaran berserta cincin bertatahkan berlian sudah sememangnya dinantikan dalam sesuatu perhubungan cinta, menandakan titik permulaan bagi satu kehidupan yang baru bagi pasangan kekasih.

Menerima pengakuan dan janji untuk sehidup semati daripada pasangan berserta kehadiran sebentuk cincin, mampu mencairkan si pemilik hati, bahkan mereka yang menyaksikannya turut merasai kehangatan cinta yang mekar.

Begitulah yang terjadi semalam apabila atlet pasukan beregu campuran negara China, Huang Ya Qiong dilamar pasangannya yang juga atlet pasukan beregu negara itu, Liu Yu Chen di hadapan para wartawan.

BACA: “Aku Saksi Pearly & Thinaah Bagi Nyawa Untuk Menang Demi Malaysia,” – Jurukamera

Huang yang baru sahaja menerima pingat emas di pentas Olimpik terkesima apabila disambut Liu dengan sejambak bunga.

Belum pun sempat ditemuramah para wartawan, Liu menggunakan peluang keemasan tersebut dengan menyatakan hasrat mengahwininya. Lutut dilabuhkan, cincin dihulur.

Huang dilihat tidak henti-henti tersenyum sambil mengesat air mata kegembiraan yang berlinangan.

Kegembiraan pasangan kekasih itu turut dikongsikan di pelbagai media sosial.

BACA: Berjuang Habis-Habisan, Netizen Ucap Terima Kasih & Beri Semangat Kepada Beregu Negara

Huang bersama pasangannya, Zheng Si Wei berjaya memenangi emas selepas menundukkan lawan mereka dari Korea, Jeong Na Eun/Kim Won Ho dengan keputusan 21-8, 21-11.

Pasangan itu merupakan pemenang pingat perak pada Olimpik edisi lepas yang berlangsung di Tokyo.

Sebagai pemain beregu campuran nombor satu dunia, mereka juga merupakan Juara Dunia tiga kali dan pemenang emas dua kali di Sukan Asia.

Sudahlah Huang menerima emas di leher, ditambah pula emas di jari. Hari bersejarah ini bukan sahaja kekal di lembaran sejarah dunia, malah terpahat di hati semua penonton serata dunia.

BACA: Pelajar Politeknik Juara ‘Adobe Certified Professional World Championship 2024’

Sebelum ini, perkampungan atlet Olimpik turut pernah digemparkan dengan aksi atlet Argentina sarung cincin pertunangan ketika mengambil gambar berkumpulan.

Lamaran itu disaksikan orang ramai apabila atlet bola baling Argentina, Pablo Ariel Simonet Moldes menyarungkan cincin ke jari manis kekasih hatinya, Maria Pilar Campoy, yang juga mewakili negara tersebut dalam sukan hoki.

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasangan.

Sumber: Li Zexin via X, Pablito Simonet via Instagram