Siakap Keli
pearly & thinaah
Gambar: Iskandar Aiysah

“Aku Saksi Pearly & Thinaah Bagi Nyawa Untuk Menang Demi Malaysia,” – Jurukamera

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Aku Saksi Pearly & Thinaah Bagi Nyawa Untuk Menang Demi Malaysia,” – Jurukamera

Bahang perlawanan separuh akhir pasangan beregu badminton wanita negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan masih lagi terasa.

Sekalipun tewas kepada pasukan beregu nombor satu dunia, kedua jaguh dari Malaysia ini menonjolkan semangat jitu dan bertenaga memberikan pihak lawan terasa ‘sakit’ hingga ke hujung perlawanan.

Meski dilihat teguh berdiri menghadapi lawan, terdapat satu sisi yang kita sebagai penonton tidak dapat saksikan di sebalik paparan di kaca televisyen dan skrin tayangan perlawanan.

Ikuti perkongsian istimewa daripada pengguna Facebook, Iskandar Aiysah, yang  juga merupakan salah seorang jurukamera yang bertugas di Paris.

BACA: Berjuang Habis-Habisan, Netizen Ucap Terima Kasih & Beri Semangat Kepada Beregu Negara

UNTOLD STORY OF PEARLY DAN THINAAH,MALAYSIA’S SWEETHEART

Kisah perlawanan di Sukan Olimpik Paris 2024 Pearly dan Thinaah yang menyatukan semua orang Malaysia. Kebanyakan sanggup tunggu untuk tengok perlawanan mereka. Tidak kira Melayu, Cina dan mana-mana bangsa sekalipun, berdebar bila tengok mereka main.

Pearly dan Thinaah dah berikan “all out” untuk kita semua.

Dari utara, tengah, selatan Malaysia bagi sokongan padu untuk mereka dan pasukan badminton Malaysia.

Kita rasa harapan kita besar nak dapat pingat pertama negara, tetapi besar lagi beban dan harapan daripada Pearly dan Thinaah untuk bagi sesuatu yang istimewa untuk Malaysia.

Merempuh dari peringkat kumpulan, sampai suku dan jadi pasangan beregu wanita pertama layak ke separuh akhir. Hingga akhirnya terkandas dengan pasangan nombor satu dunia dari China.

Orang kata penat mereka ini dah sampai “habis gas”.

Hari-hari ada perlawanan.

BACA: Paris 2024: Ariana Nur Diana Hampir Kejutkan Bekas Juara Dunia

Aku saksi Pearly dan Thinaah bagi nyawa untuk menang demi Malaysia.

Tadi pun, dua-dua menangis lepas temubual dengan Astro Arena. Aku yang duduk tepi mereka (bukan tepi Rexy) pun rasa sebak mereka kalah.

Tapi bagi aku, kita rakyat Malaysia dah patut bagi standing ovation untuk mereka ni. Tak kisah lah berdiri depan TV pun.

Sebab aku ulang lagi, mereka bagi nyawa untuk kemenangan Malaysia.

Esok mereka bertanding lagi untuk pingat gangsa lawan pasangan Jepun.

Apa jadi esok, kalah ke menang, kita tetap akan ada dengan Pearly dan Thinaah.

Sukan menyatukan semua.

BACA: Goh Jin Wei Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Sumber: Iskandar Aiysah via Facebook

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.