Sungai Seine Tercemar Selepas Hujan, Latihan Triatlon Dibatalkan Lagi
Paris — Penganjur Olimpik membuat keputusan untuk membatalkan sebahagian latihan triatlon yang telah dijadualkan di Sungai Seine pada Sabtu, lapor AFP.
Menerusi satu pengumuman, penganjur Olimpik Paris 2024 menyatakan hanya latihan larian dan berbasikal dalam acara triatlon berganti-ganti campuran dapat diteruskan. Hal ini berikutan hujan lebat yang berkemungkinan menyebabkan air sungai terlalu tercemar untuk atlet berenang.
“Hujan yang sangat lebat sejak dua malam lalu di hulu Paris menyebabkan kualiti air menurun,” katanya.
BACA: Romantik, Lepas Kalung Emas Di Leher, Atlet China Terima Pula Cincin Lamaran Di Jari
Sejak sepuluh tahun yang lalu, Perancis telah melaburkan sebanyak 1.4 bilion Euro untuk membersihkan sungai Seine, termasuk pembangunan kemudahan rawatan dan penyimpanan air baharu di dalam dan sekitar Paris.
Biarpun begitu, hujan lebat yang turun masih menyebabkan sistem saliran air bawah tanah dan kumbahan banjir teruk. Perkara ini menyebabkan bahan buangan yang belum dirawat terlepas ke laluan air.
Latihan triatlon dibatalkan, isu kebersihan air topik utama Olimpik Paris
Isu kebersihan air ini telah menjadi perbincangan utama di Sukan Olimpik Paris. Pencemaran yang berlaku turut memaksa penundaan acara triatlon lelaki pada Selasa lalu.
BACA: “Aku Saksi Pearly & Thinaah Bagi Nyawa Untuk Menang Demi Malaysia,” – Jurukamera
Terdahulu, setelah tahap pencemaran air diperiksa dan menepati tahap penilaian, atlet kedua-dua kategori triatlon lelaki dan wanita kembali dibenarkan berenang di Sungai Seine pada Rabu.
Keadaan cuaca ketika Sukan Olimpik Paris berlangsung dilihat berubah-ubah dengan mendadak dari gelombang panas bertukar banjir, terutamanya ketika majlis pembukaan yang ditemani hujan lebat.
Acara triatlon berganti-ganti campuran peringkat akhir setakat ini dijadualkan bakal berlangsung pada Isnin, 5 Ogos jam 2 petang mengikut waktu di Paris.
BACA: Berjuang Habis-Habisan, Netizen Ucap Terima Kasih & Beri Semangat Kepada Beregu Negara
Sumber: AFP