Siakap Keli
jangan sedih pearly thinaah
Kredit Gambar: Bernama

Jangan Sedih Pearly & Thinaah, Anda Berdua Dah Berikan Yang Terbaik – Chong Wei

Jangan Sedih Pearly & Thinaah, Anda Berdua Dah Berikan Yang Terbaik – Chong Wei

Biarpun pasangan beregu badminton wanita negara, Pearly-Thinaah tidak berjaya meraih pingat gangsa di Olimpik, usaha dan semangat mereka mendapat perhatian semua. Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei juga tidak terlepas dari memujuk kedua pasangan ratu badminton ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, Lee Chong Wei memberi kata-kata semangat kepada Pearly-Thinaah atas usaha dan permainan yang mereka tunjukkan sepanjang perjalanan mereka di Olimpik.

“Anda berdua sudahpun berikan yang terbaik untuk negara. Kita semua ada mata boleh lihat, ada hati boleh rasa tungkus-lumus anda berdua, Pearly dan Thinaah. Jangan berasa sedih. Malaysia ucapkan terima kasih kepada anda berdua.

Pearly dan Thinaah wirawati Malaysia

“Terima Kasih,” ucap Chong Wei sambil menggunakan tanda pagar #KitaSemuaTeamMAS.

BACA: “Aku Saksi Pearly & Thinaah Bagi Nyawa Untuk Menang Demi Malaysia,” – Jurukamera

Dalam masa yang sama, warga maya turut berpusu-pusu memenuhi ruangan komen dengan kata-kata semangat buat mereka.

“Tetap yang terbaik kerana mereka berdua sudah berusaha semampu mungkin, cuma rezeki belum menyebelahi,” ujar seorang warga maya.

Proud of you. Thank you, Pearly and Thinaah. Recharge and come back stronger,” pujuk seorang lagi warga maya.

Pearly Thinnah already made history for the best WD Olympic result 💪 proud of you both. Keep Fighting for the next Olympics again,” kata seorang warga maya.

BACA: Paris 2024: Hasrat Pearly-Thinaah Bawa Pulang Pingat Tidak Kesampaian

“Bangga. Kukuhkan prestasi, teguhkan jati diri. Come back stronger,” seorang warga maya memberikan semangat.

Dalam perlawanan yang berlangsung jam 9 malam tadi, Pearly-Thinaah tewas 11-21, 11-21 kepada pasangan nombor empat dunia dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dalam aksi penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena.

Mereka hanya pernah menang sekali ke atas gandingan Jepun itu iaitu ketika suku akhir Terbuka Perancis 2022 sebelum muncul juara kejohanan tersebut.

Sebelum ini, Pearly-Thinaah mencipta sejarah sebagai beregu wanita pertama negara mara ke separuh akhir Olimpik, namun tewas 12-21, 21-18, 15-21 dalam pertarungan sengit kepada beregu nombor satu dunia Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dari China, semalam.

Sumber: Lee Chong Wei via Facebook

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.