Siakap Keli
anta kai 1

Anta Malaysia Perluas Koleksi Ikonik Anta Kai 1 Dengan ‘Garden State’, ‘Triple White’ Dan ‘Fleur De Lis’

Anta Malaysia Perluas Koleksi Ikonik Anta Kai 1 Dengan ‘Garden State’, ‘Triple White’ Dan ‘Fleur De Lis’

KUALA LUMPUR, 6 OGOS 2024 – Panggilan khas untuk para sneakerheads! Bersedia untuk meningkatkan gaya anda dengan pelancaran terbaharu daripada ANTA Malaysia yang menampilkan ANTA KAI 1 dalam tiga warna terkini, ‘Garden State’, ‘Triple White’ dan ‘Fleur De Lis’! Sebagai lelaran kelima, keenam dan ketujuh dalam koleksi ikonik Kyrie Irving, ‘Garden State’, ‘Triple White’ dan ‘Fleur De Lis’ akan tersedia di kedai terpilih ANTA pada 16 Ogos. 

ANTA KAI 1 telah memikat hati peminat bola keranjang dan pakaian jalanan dengan keselesaan, reka bentuk, dan prestasinya yang unggul.

‘Garden State’, ‘Triple White’ dan ‘Fleur De Lis’ yang terbaharu ini dikeluarkan untuk memenuhi permintaan yang sangat menggalakkan untuk siri ANTA KAI 1, terutamanya selepas pelancaran Home and Away, Mother’s Day, and ‘Triple Black’ tahun ini.

ANTA KAI 1 ‘Garden State’ meraikan rasa cinta Kyrie terhadap bola keranjang semasa beliau berusia muda dan hubungan yang mendalam dengan New Jersey, tempat beliau membesar. Reka bentuk menarik ini mencerminkan daya hidup, pertumbuhan dan alam semula jadi.

Sebaliknya, ‘Triple White’ pula adalah penghormatan kepada detik-detik keazaman Kyrie Irving, yang menampilkan aksen perak dan tapak lutsinar yang melambangkan air tulen yang mengalir deras.

Sementara itu, warna ‘Fleur De Lis’ diilhamkan oleh fleur de lis, bunga kebangsaan Perancis, dengan bentuk bunga itu mewakili pegangan pantas dan silang Kyrie atas gelanggang. Warna ini mengharmonikan gabungan ungu dan biru dengan oren dan hijau, mewakili bunga itu sendiri.

Ms Pang Sook Fong, Pengurus Negara ANTA Malaysia, berbesar hati dengan sambutan yang menggalakkan untuk siri ANTA KAI 1 sejak kemunculannya di pasaran Malaysia. Belia menyatakan bahawa penambahan baharu ke siri itu mencerminkan moto jenama ANTA, ‘Keep Moving’, dan ia turut mengesahkan peningkatan permintaan rakyat Malaysia untuk fesyen yang berfungsi.

“Warna-warna yang baharu ini meraikan budaya bola keranjang yang semakin berkembang di Malaysia. Perkembangan ini dijadikan inspirasi yang mendorong kami untuk terus menghasilkan kasut bergaya dan berfungsi yang sesuai dengan estetika pelanggan kami.

Sama ada anda mencari kasut yang kemas dan klasik, atau yang lebih menonjol, siri ANTA KAI 1 pasti mempunyai pilihan yang sesuai untuk anda.”

anta kai 1

anta kai 1

anta kai 1

Selain itu, pengenalan terbaharu kepada siri ANTAI KAI pada bulan Ogos ini adalah koleksi ANTA KAI Tribe. ANTA KAI Tribe menggambarkan intipati abadi dengan sifat teras Kyrie iaitu – kelajuan, fokus, ketangkasan, dan kekuatan. Menampilkan logo ‘KAI Shield’, koleksi baharu ini adalah kasut gaya hidup luar gelanggang yang sempurna.

Peminat KAI boleh mendapatkan koleksi ANTA KAI Tribe dari kedai terpilih ANTA mulai sekarang, tersedia dalam warna-warna terkini: purple tail, almond white, dan klasik black and white, berharga RM369.

‘Garden State’, ‘Triple White’ dan ‘Fleur De Lis’ akan tersedia dipasaran dan boleh didapatkan di ANTA Sunway Pyramid pada 16 Ogos 2024. Ketiga-tiga warna berharga RM669 sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut tentang koleksi terkini ANTA dan keluaran akan datang, sila layari my.anta.com atau ikuti ANTA Malaysia di Instagram dan Facebook.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.