“Banyak Betul Love“, Alisa Lukis Gambar Lee Zii Jia Ketika Beraksi Raih Perhatian Ramai
Terdahulu, tular video memaparkan gelagat anak pasangan pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Alisa Aisyah yang ingin berjumpa dengan pemain perseorangan badminton lelaki negara, Lee Zii Jia hingga mencuri perhatian ramai.
Anak kepada pasangan itu menangis teresak-esak susulan tidak berkesempatan bertemu pemain berusia 26 tahun kerana dia berada di sekolah pada ketika itu.
Menariknya, Lee Zii Jia membuat kejutan apabila sekali lagi bertandang ke kediaman mereka untuk bertemu anak kecil itu.
Malah, anak bongsu kepada pelakon berkenaan berasa gembira apabila dapat bertemu dan meluangkan masa bermain badminton bersama idolanya.
Si comel ini sempat melukis ketika idolanya sedang menentang pihak lawan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @thealisaaisyah, memaparkan si cilik ini sedang melukis gambaran perlawanan pada papan putih sama seperti yang ditontonnya pada kaca televisyen, pada 4 Ogos lalu.
Ketika itu, Lee Zii Jia sedang menentang lawannya, Kunlavut Vitidsarn di Arena Adidas di Port de la Chapelle.
Namun, pemain berusia 26 tahun itu tewas 14-21, 15-21 kepada pemain Thailand dalam perlawanan yang cukup sengit.
Apa yang lebih menarik lagi, Alisa turut meletakkan beberapa bentuk ‘love‘ yang diwarnakan dengan warna biru di atas lukisan atlet Malaysia dalam lakaran itu.
Difahamkan, bentuk ‘love‘ berwarna biru merupakan warna jersi yang dipakai oleh Lee Zii Jia ketika perlawanan, sekali gus membuktikan sokongan penuhnya kepada atlet berkenaan.
Alisa sangat meminati Lee Zii Jia sejak dulu lagi
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata pengguna Instagram terhibur melihat telatah dan kecomelan Alisa yang begitu meminati Lee Zii Jia.
Bahkan, ramai yang tersentuh dengan cara Alisa menunjukkan rasa kasih sayang serta sokongan terhadap atlet kegemarannya.
“Banyak betul love untuk Lee Zii Jia,” komen seorang warga maya.
“Raket tu macam aiskrim pula. Comel,” komen lagi seorang warga maya.
BACA: Ingatkan Apa, Rupanya Ini “Isi” Kotak Emas Misteri Diterima Pemenang Pingat Olimpik
BACA: Ingatkan Apa, Rupanya Ini “Isi” Kotak Emas Misteri Diterima Pemenang Pingat Olimpik