Maybank Di Kota Kinabalu Jadi Tarikan, “Spot” Bergambar Untuk Pelancong
Sesi bergambar untuk kenang-kenangan ketika melancong merupakan aktiviti yang wajib dilakukan. Terutamanya apabila pelancong tiba di sesuatu destinasi yang terkenal.
Kebiasaannya, sesuatu lokasi menjadi tumpuan sama ada disebabkan latar belakang yang indah, merupakan bekas tapak sejarah, atau juga terkenal dengan masakan tempatan yang unik.
Namun, kesemua ciri-ciri tersebut tidak terdapat pada satu lokasi tumpuan pelancong di Kota Kinabalu. Beberapa pengguna media sosial baru-baru ini memuat naik gambar yang menunjukkan ramai pelancong dari luar negara, khususnya China bergambar di hadapan sebuah cawangan Maybank di Kota Kinabalu (KK).
BACA: Michelle Yeoh Diberi Penghormatan Sampaikan Pingat Kepada Pemenang 3M Papan Anjal
Perkara ini menimbulkan pelbagai persoalan kepada rakyat Malaysia, yang hingga kini masih belum mengetahui jawapannya.
Antara yang menjadi tekaan warga maya, kemungkinan terdapat bentuk harimau pada logo Maybank dan warna persekitaran yang agak ‘hipster’. Ada juga berpendapat lokasi tersebut menjadi tumpuan pelancong disebabkan tidak ramai orang lalu-lalang disebabkan bank tersebut ditutup buat sementara waktu.
“Rasanya sebab Maybank ada logo harimau yang menonjolkan Malaysia jadi bank lain tidak dilayan,” teka seorang warga maya.
“Orang bandar tidak bergantung kepada gunung, bergantung pada bank,” seloroh seorang warga maya.
BACA: Kasih Seorang Bapa, Kreatif Ubah Suai Basikal Demi Keselesaan Anak Ke Sekolah
“Saya juga ternampak pasangan yang mengambil gambar perkahwinan di tempat ini semalam,” ujar seorang warga maya.
“Agaknya sebab pelancong cina memuja kuning. Lagipun, kuning ialah warna maharaja di China,” teka seorang lagi warga maya.
Salah seorang pengguna Facebook membuat telahan, ia mungkin bermula dari seorang pempengaruh yang bergambat di Maybank tersebut.
“Pada asalnya datang dari pempengaruh yang perkenalkan bank tempatan Malaysia untuk ambil gambar, dan gadis-gadis pun teruja ikut,” katanya.
BACA: Pelajar Kolej Vokasional Keningau Terima Anugerah SENIA
Setakat ini, pihak Maybank belum memberi apa-apa reaksi berikutan penularan ini. Cawangan Maybank ini dipercayai ditutup sementara untuk pengubahsuaian.