Siakap Keli
pingat olimpik paris unik
Gambar: AFP

Ketahui Sebab Pingat Olimpik Paris 2024 Unik

Ketahui Sebab Pingat Olimpik Paris 2024 Unik

Sukan Olimpik, antara kejohanan sukan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh altet dari seluruh dunia untuk beraksi di satu pentas yang sama.

Kejohanan berprestij yang diadakan setiap empat tahun ini berlangsung di ibu kota Paris, Perancis sebagai tuan rumah bagi edisi kali ini.

Menariknya tentang Olimpik, setiap edisi menawarkan jenis pingat yang berbeza, menjadikan ia salah satu tarikan kejohanan.

Olimpik Paris 2024 menawarkan pingat istimewa kepada setiap pemenang pertandingan bermula dari emas, perak dan gangsa. Oleh itu, mari k keietahui keistimewaan pingat Olimpik tersebut di bawah.

Pingat Olimpik Paris 2024

Pingat olimpik paris
Gambar: Olympic.com/ Cyril Masson

Sebelum temasya ini berlangsung, Pengerusi Suruhanjaya Atlet Paris 2024, Martin Fourcade telah mengambil bahagian dalam pencarian idea untuk melambangkan identiti Sukan Olimpik Paris 2024.

Idea yang digunakan adalah kemenangan, untuk mengaitkan monumen ikonik Perancis, Menara Eiffel serta objek paling berprestij dalam olimpik tersebut iaitu pingat

Reka bentuk pingat tersebut telah dihasilkan oleh syarikat Kumpulan LVMH Chaumet yang juga rakan kongsi Premium Paris 2024.

Keunikan reka bentuk pingat Olimpik Paris

Reka bentuk yang dihasilkan oleh Chaumet tidak perlu dipertikaikan, dengan pingat Olimpik Paris 2024 terdiri daripada elemen (inspirasi), iaitu berbentuk heksagon, sinaran dan penepatan permata.

Pingat temasya kali ini menggunakan konsep geometri dengan rekaan yang berbentuk heksagon yang diperbuat daripada cebisan logam Menara Eiffel.

Simbol ini adalah peringatan penglibatan seluruh negara dalam penglibatan Sukan Olimpik dan Paralimpik.

Pada bahagian tengah pingat tertera lambang Sukan Paris 2024 pada setiap pingat emas, perak dan gangsa.

Gambar: Olympic.com

Permukaan pingat

Pada permukaan sisi pingat pula menonjolkan garis-garis halus keluar dari sekitar besi heksagon. Tak ubah seperti cahaya yang bersinaran.

Ukiran garisan timbul yang licin ini menjadikan kilauan pingat Paris dapat dilihat dari jauh. Ia menggunakan dua konsep iaitu berkaitan dengan prestasi cemerlang para atlet di Olimpik (1) yang bersinar Bumi Perancis (2).

Penetapan kedudukan Pingat

Untuk Paris 2024, bentuk hobnail “Clous de Paris” tersendiri yang menyerupai rivet Menara Eiffel terkenal telah dipilih.

Setiap kepingan besi Menara Eiffel itu akan diapit dengan logam, satu untuk setiap satu digunakan bagi menetapkan heksagon pada tempatnya.

Perbezaan pingat Olimpik & Paralimpik

Pingat olimpik paris
Gambar: Olympic.com
Gambar: Olympic.com

Bagi membezakan dua kejohanan ini, reben pingat olimpik akan dihiasi warna biru tua. Manakala pingat Paralimpik akan berwarna merah pekat, menggunakan dua lapisan warna cat pertama (“Merah Venice” dan “merah coklat”) yang digunakan di Menara Eiffel.

Bahagian belakang pingat

Sekali lagi, pingat sukan Olimpik Paris kali ini menunjukkan kelainan dari edisi lain apabila mempunyai dua kisah (cerita) pada bahagian belakang pingat.

Bagi pingat olimpik, bahagian belakang menceritakan kelahiran semula Sukan Olimpik moden di Greece.

Gambar: Olympic.com

Permukaan belakang itu dihiasi dengan dewi kemenangan Athena Nike, stadium untuk Sukan Olimpik Athens 2004 yang direka oleh Elena Votsi, dan Menara Eiffal.

Selain itu, terdapat juga ukiran Stadium Panathenaic yang menyaksikan kebangkitan Sukan Olimpik pada tahun 1896.

Ringkasnya sisi belakang pingat ini mengambil inspirasi sukan purba di Greece, asal-usul Perancis Sukan Olimpik moden dan edisi seterusnya di Paris.

Sementara pingat bahagian belakang pingat Paralimpik pula adalah hasil kreativiti Chaumet dan cerminan Paris 2024.

Pingat olimpik paris
Gambar: Olympic.com

Permukaannya berlatarbelakangkan perspektif bawah Menara Eiffel. Perkataan “Paris” dan “2024” mengelilingi kaki menara yang ditulis dalam Braille universal, bahasa simbolik kebolehcapaian dan rujukan kepada pencipta Perancisnya, Louis Braille

Untuk membolehkan atlet cacat penglihatan merasai perbezaan antara pingat, sengkang terukir di tepi: I untuk emas, II untuk perak dan III untuk gangsa.

Sumber: Olympic.com

BACA JUGA: Ingatkan Sama, Rupa-rupanya Ini Perbezaan Acara Pecut Dan Keirin Berbasikal Trek

BACA JUGA: Olimpik Paris 2024: Filipina Tuai Pingat Emas Pertama Menerusi Gimnastik Lelaki

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: